Deposit Sewa Rumah? Maksud 1+1, 2+1 atau 2+1+1? WAJIB Tahu!

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

DEPOSIT SEWA RUMAH

Apabila mencari rumah sewa, antara perkara utama yang akan dilihat ialah deposit. Namun masih ramai yang salah faham istilah deposit ini sama ada daripada pihak penyewa atau tuan rumah.

➡ 1+1
➡ 2+1
➡ 2+1+1

Apa maksud semua ini?

Image result for question

Segelintir tuan rumah enggan memulangkan kembali deposit penyewa manakala ada sebahagian penyewa pula menganggap ia sebagai ‘advance sewa’ untuk bulan-bulan terakhir.

Seringkali juga tuan rumah dimaki di alam maya kononnya mereka mencekik darah penyewa dengan meminta deposit yang tinggi, malah ada yang memberi hujah bahawa deposit semua ni sebenarnya tidak perlu.

Namun ada juga penyewa yang mengambil kesempatan apabila deposit rendah dikenakan kepada mereka.

Apa sebenarnya maksud dan konsep deposit ini?

Deposit secara asasnya didefinisikan sebagai sebahagian daripada bayaran berupa wang yang dibayarkan (sebahagian lagi adalah hutang).

Penggunaan istilah ‘deposit’ ini menyebabkan sebahagian penyewa menganggapnya sebagai bayaran ‘advance sewa’ untuk bulan terakhir.

Namun, ada yang berpandangan penggunaan terma ‘deposit’ rumah sewa adalah satu “misnomer”.

Terma yang betul ialah cagaran.

Cagaran bermaksud sesuatu yang dijadikan sebagai jaminan.

Contohnya jika ada kerosakan atau tunggakan, maka cagaran ini akan digunakan oleh tuan rumah. Jika rumah dipulangkan dalam keadaan baik, cagaran akan dipulangkan.

Sebelum menyerahkan rumah sewa, kebiasaannya tuan rumah akan meminta wang cagaran sebanyak 1 atau 2 atau 3 bulan sewa, bergantung kepada :

  1. Kondisi rumah (kosong atau berperabot)
  2. Budi bicara tuan rumah
  3. Kebolehpercayaan terhadap penyewa

Contohnya:

Jika sewa bulanan ialah RM1,200, maka,

➡ 1+1 : 1,200 (cagaran) + 1,200 (sewa bulan pertama) = 2,400
➡ 2+1 : 2,400 (cagaran) + 1,200 (sewa bulan pertama) = 2,600
➡ 2+1+1 : 2,400 (cagaran sewa) + 1,200 (cagaran utiliti) + 1,200 (sewa bulan pertama) = 2,800

RUMAH SEWA TANPA DEPOSIT?

Jarang dan sukar nak jumpa tuan rumah yang menyewakan rumah tanpa deposit kerana tuan rumah berdepan dengan RISIKO, contohnya:

  1. Penyewa bertangguh-tangguh bayaran sewa, sedangkan tuan rumah perlu membayar ansuran di bank setiap bulan. Jika lewat, CCRIS tuan rumah akan tercalar. Lebih teruk, dah la tak bayar sewa, kemudian lari menghilangkan diri.
  2. Penyewa keluar awal daripada tarikh tamat kontrak, maka tuan rumah mungkin rugi 1-2 bulan rumah kosong kerana perlu mencari penyewa baru akibat daripada penyewa melanggar kontrak tempoh sewaan.
  3. Kerosakan rumah yang disebabkan oleh penyewa contohnya paip patah, pintu pecah (penyewa memang suka terkunci tombol dari dalam), tombol rosak, saluran sumbat (dengan gumpalan rambut, minyak beku, spender), jubin pecah dan lain-lain. Kerosakan yang disebabkan oleh penyewa sepatutnya ditanggung oleh penyewa.
  4. Perabot ‘dilunyaikan’. Contohnya sofa hancur, cermin muka pecah, almari patah dan lain-lain. Ini juga adalah kerosakan disebabkan oleh penyewa, bukannya ‘wear and tear’, kecuali jika perabot memang uzur.
  5. Bil-bil tertunggak yang tidak dilangsaikan oleh penyewa, kadangkala hingga berbulan-bulan lamanya. Biasanya ini hanya disedari apabila penyewa telah keluar rumah.
  6. Rumah bersepah dengan sampah yang setahun tak buang, toilet yang setahun tak cuci, siling bersawang yang setahun tak dibersihkan, lantai berkulat yang setahun tak dimop. Sepatutnya rumah sewa yang dipulangkan diberi dalam keadaan yang sama ketika penyewa mula-mula masuk. Jika tidak, kos pembersihan patut ditanggung penyewa.

Ini cuma 6 contoh sahaja. Jika tiada duit cagaran tadi, adakah penyewa sanggup keluarkan duit sendiri?

Bunyi macam mustahil.

Jika duit cagaran dah digunakan untuk bayaran sewa bulan-bulan terakhir, kemudian apabila penyewa keluar baru perasan tunggakan bil mencecah RM1,000, adakah penyewa yang dah keluar akan hulurkan duit RM1,000 tu?

Namun begitu, ada juga segelintir tuan rumah yang buat duit cagaran yang kita bincangkan ini macam duit mereka sendiri.

Duit cagaran diambil dan dijolikan sehingga menyebabkan tak mampu untuk pulangkan semula kepada penyewa selepas tamat kontrak sewa.

Kepada tuan rumah, tegaskan kepada penyewa awal-awal bahawa duit deposit / cagaran BUKANLAH ‘ADVANCE PAYMENT’ untuk sewa, supaya 1-2 bulan terakhir mereka tak paksa tuan rumah guna duit cagaran sebagai bayaran sewa.

Jika tidak, apabila mereka keluar kelak, tuan rumah sudah tiada apa-apa duit cagaran untuk menyelesaikan apa-apa risiko di atas yang mungkin jadi realiti. Terpaksa keluar duit poket sendiri.

PERJANJIAN SEWA RUMAH BERTULIS

Akhir sekali, buat perjanjian sewa secara bertulis dan catat dengan terperinci duit deposit / cagaran ini. Kalau ada pertikaian, rujuk perjanjian ini.

Perjanjian sewa rumah adalah sebuah jaminan untuk anda sebagai seorang tuan rumah. Ia memberi kebenaran kepada anda untuk menggunakan wang deposit tersebut untuk mengawal tingkah laku penyewa dan menggunakannya apabila diperlukan.

Di Sewanify, kami percaya surat perjanjian sewa rumah adalah satu-satunya alat untuk melindungi hak setiap tuan rumah dan memberi kuasa kepada mereka untuk menguruskan penyewa khususnya penyewa yang bermasalah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Anda Hadapi Masalah Untuk Download Semua Free Gift Sebelum Ni?

Berita baik! Anda kini boleh dapatkannya semula dengan menekan mana-mana butang di bawah untuk dapatkan eBook atau dokumen 100% Percuma daripada kami.

Kami ingin memohon maaf kerana anda mungkin mengalami masalah untuk download dokumen/ebook yang ingin anda dapatkan. Ini adalah kerana sistem emel kami mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat menghantar sebarang emel dalam masa yang tertentu.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Notis Keluar Rumah

Sewanify - 38 Perkara Wajib Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

38 Perkara Penyewa Bermasalah Takut Dengan Anda

Siri Video Pengurusan Rumah Sewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!