Adakah anda sedang mencari sebuah dokumen yang diperkenalkan dalam industri sebagai sebuah kontrak sewa rumah?
Tahniah!
Kerana anda berada di dalam golongan 1% yang mempunyai kesedaran dalam memiliki sebuah kontrak sewa rumah dalam menguruskan rumah sewa mereka.
Percaya atau tidak:
Tak ramai tuan rumah yang sanggup membuat sedikit pelaburan demi mendapatkan pulangan yang berkali-kali ganda lebih banyak nilainya.
Perabot rosak, rumah dimakan anai-anai, barangan elektrik hilang dicuri, bil elektrik tertunggak berbulan-bulan dan macam-macam lagi hal yang boleh ditimbulkan penyewa.
Tanpa sebarang bentuk kontrak atau dokumen perjanjian, anda sebagai Tuan Rumah TIDAK BOLEH nak saman penyewa dengan mudah.
Artikel berkaitan: 5 Cara Halau Penyewa Rumah Yang Bermasalah Dengan Mudah & Efektif
Itulah pentingnya sebuah kontrak sewa rumah yang mampu kekalkan tahap disiplin penyewa dalam rumah sewa anda.
Di dalam artikel ini, kita akan dalami beberapa perkara penting untuk pastikan anda memperoleh kontrak sewa rumah yang betul-betul boleh menyelamatkan anda daripada tipu daya penyewa.
Kontrak Sewa Rumah Yang Lengkap
Tiada yang lebih penting daripada memiliki sebuah dokumen perundangan yang menyeluruh dalam memberi perlindungan kepada anda sebagai tuan rumah.
Sekiranya anda masih tertanya-tanya sama ada anda perlukan perjanjian sewa rumah ataupun tidak, rujuk artikel ini: Adakah Saya Perlukan Surat Perjanjian Sewa Rumah?
Lengkap atau menyeluruh di sini bermaksud dokumen perjanjian tersebut merangkumi pelbagai aspek dalam sesebuah sewaan rumah daripada sekecil-kecil perkara seperti adab berjiran sehinggalah perkara-perkara yang wajib ada seperti jadual pembayaran dan maklumat penyewa.
Informasi-informasi ini penting untuk digunakan sebagai sumber rujukan (terutamanya oleh pihak mahkamah) sekiranya mana-mana pihak bertindak untuk melanggar kontrak sewa rumah yang telah ditandatangani.
Jadi, sebelum anda bertindak untuk menggunakan mana-mana dokumen perjanjian sewa rumah di luar sana, pastikan anda menilai tahap kelengkapan dokumen tersebut terlebih dahulu.
Anda tidak pasti mana nak dapatkan kontrak sewa rumah yang lengkap? Jangan risau!
Di Sewanify, kami menyediakan perjanjian sewa rumah yang 100% lengkap dari A-Z dalam pengurusan rumah sewa khas untuk tuan rumah seperti anda – menjamin perlindungan anda terhadap penyewa bermasalah. 100% Jaminan Pulangan Wang. Klik butang di bawah untuk dapatkan kontrak sewa rumah kami:
Kontrak Sewa Rumah yang Mudah Difahami
Kami di Sewanify sangat-sangat tekankan erti kefahaman dalam sesebuah kontrak sewa rumah.
Dokumen perjanjian rata-rata memiliki gaya bahasa dan susunan ayat yang bertaraf tinggi yang hanya peguam sahaja boleh fahaminya.
Namun, memiliki sebuah perjanjian yang sukar untuk difahamkan bukan sahaja mengelirukan anda sebagai tuan rumah, bahkan ia akan membuatkan anda rasa “was-was” kerana anda tidak tahu apakah kandungan yang terdapat dalam dokumen tersebut.
Tanpa memiliki pemahaman yang cukup, maka sangat sukar untuk anda praktikkan atau menguatkuasakan perjanjian tersebut.
Melainkan anda memiliki wang lebihan untuk bayar peguam bagi menerangkan perincian perjanjian tersebut, maka ini bukanlah sesuatu strategi yang baik.
Mempunyai sebuah kontrak sewa rumah yang mudah untuk difahami adalah kritikal untuk memastikan anda merasa yakin untuk menguatkuasakan apa yang telah termeterai dalam perjanjian dengan penyewa anda.
Kefahaman yang jitu memastikan segala perbuatan atau tindakan Penyewa itu boleh dinilai dengan baik dan saksama sama ada ia melanggar perjanjian ataupun tidak.
Anda perlu jadikan kontrak sewa rumah ini sebagai sebuah buku panduan dan bukan hanya sebagai dokumen perjanjian semata-mata. Kontrak sewa rumah dijadikan sebagai rujukan utama sekiranya berlaku sebarang perselisihan atau pelanggaran. Lantas memudahkan anda untuk tentukan apakah langkah seterusnya berdasarkan perjanjian yang telah dibuat.
Sekiranya anda rasakan sukar untuk dapatkan sebuah perjanjian yang mudah untuk difahami tanpa perlu bantuan peguam, di Sewanify kami sediakan sebuah perjanjian sewa rumah yang boleh anda fahami dan gunakan dengan mudah walaupun anda seorang newbie dalam industri ini! Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan tawaran kami, kami pulangkan wang anda serta-merta tanpa banyak soal.
Kontrak Sewa Rumah yang Sah Untuk Digunakan Di Mahkamah
Antara perkara yang paling penting dalam memastikan kontrak sewa rumah boleh dimanfaatkan sepenuhnya adalah untuk pastikan dokumen tersebut sah untuk digunakan di mahkamah.
Persoalannya:
Susah ke nak dapatkan pengesahan dari pihak Mahkamah?
Jawapannya ya dan tidak. Ia menjadi sukar sekiranya kontrak sewa rumah anda tidak menepati syarat-syarat sah sebuah perjanjian. Ada beberapa perkara yang perlu anda pastikan kontrak sewa rumah anda itu memiliki segala informasi yang penting sebelum dokumen tersebut ditandatangani.
Kami telah bincangkan dengan mendalam apakah sesebuah perjanjian sewa rumah itu perlukan demi memastikan ianya sah untuk digunakan di dalam artikel ini:
Apa Syarat Sah Perjanjian Sewa Rumah? – Ini Jawapan Dari Akta Kontrak 1950
Mudahnya, pastikan kontrak sewa rumah anda memiliki format yang betul supaya ia dapat memberi anda jaminan untuk dokumen tersebut diterima dalam proses perundangan nanti.
Aduan yang biasa pihak kami di Sewanify terima adalah apabila dokumen perjanjian sewa rumah yang mereka muat turun di internet kena reject oleh pihak mahkamah kerana tidak mempunyai yang lengkap!
Ini adalah perkara terakhir yang anda ingin hadapi apabila ingin lakukan tuntutan terhadap penyewa anda.
Kesimpulan
Kontrak sewa rumah memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan penyewa anda kekal mematuhi peraturan yang telah anda tetapkan.
Namun, sekadar memilikinya adalah tidak cukup tanpa mematuhi kriteria-kriteria yang kita telah bincangkan di dalam artikel ini iaitu sebuah dokumen yang lengkap, mudah digunakan dan sah di sisi undang-undang.
Dengan adanya ketiga-tiga kriteria ini, ia boleh menjamin perlindungan yang menyeluruh kepada anda daripada penyewa yang bermasalah.
Sekiranya anda masih lagi belum memiliki perjanjian yang lengkap, mudah digunakan dan sah di sisi undang-undang, pihak Sewanify menyediakan contoh kontrak sewa rumah yang boleh digunakan untuk pelbagai lapisan penyewa sama ada pelajar mahupun orang dewasa.
Kami memberi anda 100% jaminan pulangan wang sekiranya ia tidak menepati kriteria anda. Tidak banyak soal. Ini janji kami.
Tambahan, terdapat pelbagai lagi bonus yang kami sediakan bagi membantu memudahkan pengurusan rumah sewa anda.
Dapatkan sekarang!
2 thoughts on “3 Kriteria Kritikal Supaya Kontrak Sewa Rumah Boleh Dijadikan Pelindung Dari Penyewa Bermasalah”
Berapa bayaran untuk buat kontrak rumah sewa ni
Hii!
RM129 ya. Cik boleh dapatkan di sini >>> https://surat.sewanify.com