Anda akan berpindah ke sebuah rumah sewa bersama kawan – pergh, mesti best ni – tapi tunggu dulu, anda kena tahu yang anda akan berkongsi bil dengan mereka.
Hidup menyewa bersama rakan-rakan memang best, tidak dapat dinafikan. Tapi juga yang pasti, bil-bil seperti bil elektrik, air, internet dan Astro akan memenuhi inbox emel atau peti surat anda.
Di sini kami ingin memberikan anda saranan supaya anda lebih bersedia apabila ingin mula menyewa bersama rakan-rakan anda.
Bahagi Bil
Kalau anda pernah berpengalaman untuk hidup di rumah yang jenis lama, apabila bil elektrik dilihat pada meter dan telefon rumah digunakan sebagai alat perhubungan yang utama, sudah pasti harga pada bil tersebut meningkat atau menurun secara mendadak.
Kadang-kadang, pada bulan tersebut anda telah dicaj sebanyak RM50 dan kemudian RM150 pada bulan seterusnya. (Tapi sudah pasti, tiada siapa akan mengaku untuk cakap mereka menggunakan aircond 24 jam atau bergayut dengan telefon dari malam ke pagi.)
Namun sekarang, segalanya telah berubah. Anda kini boleh mengehadkan penggunaan bagi setiap bil supaya ianya tidak melebih kuota kemampuan anda dan rakan-rakan anda.
Apabila anda tahu berapa banyak anda perlu bayar sebulan atau setiap 4 bulan, ia akan memudahkan perbincangan untuk membahagikan kos pembayaran bil tersebut.
“Tu bukan nama aku”
Apabila anda sudah memilih sebuah pelan bagi bil-bil seperti interent atau TV, anda perlu bincang dengan rakan-rakan serumah anda atas nama siapakah bil tersebut didaftarkan. Walaupun ianya cepat dan mudah untuk mendaftarkan nama anda seorang, kami menasihatkan anda untuk mengambil sedikit masa untuk menambah juga nama-nama rakan serumah anda ke dalam pecahan bil-bil tersebut.
Membuat yang sedemikian membolehkan ke semua ahli rumah anda untuk bercakap dengan syarikat bil-bil tersebut – kenapa perlu anda seorang sahaja apabila internet buat hal?
Namun, bil yang tidak berbayar akan menyebabkan reputasi anda turun, jadi berikan galakan kepada rakan serumah anda untuk sentiasa bayar on-time dengan memasukkan nama mereka ke dalam bil-bil anda.
Bincang juga bersama rakan-rakan serumah yang lain untuk siapa akan mengambil tanggungjawab untuk menguruskan bil tersebut.
Bahagi dengan Bijak
Langkah seterusnya adalah untuk membahagikan kos bil tersebut.
Kunci utama di sini adalah komunikasi yang baik – komunikasi yang berlaku untuk membincangkan apa yang akan jadi apabila bil sampai, sebelum ianya betul-betul sampai, merupakan langkah yang selamat untuk mengelakkan drama-drama yang tidak diingini berlaku selepas itu.
Kebiasaannya, pembahagian sama rata seperti 50/50 sudah cukup, tetapi sebelum anda membuat ekputusan, cuba untuk lihat daripada sudut yang berbeza. Adakah salah seorang daripada rakan-rakan serumah anda mendapat master bedroom yang lengkap dengan tandas sendiri dan aircond? (Mungkin di sini beliau perlu membayar lebih pada pecahan bil bulanannya.)
Pembahagian Makanan
Dalam berkongsi rumah bersama rakan-rakan anda, ia bukannya seperti tinggal bersama adik-beradik anda.
Mungkin bersama adik beradik anda, anda boleh berkongsi makanan dalam peti ais. Tetapi, apabila hidup bersama rakan-rakan serumah, belum tentu mereka suka untuk berkongsi makanan dengan anda.
Jangan sampai ada pergaduhan tentang berkongsi makanan sampaikan rakan anda menulis nama beliau pada ke semua makanan yang beliau simpan. Ini sudah melahirkan rasa tidak percaya antara rakan-rakan serumah anda.
Jalan penyelesaian yang mudah: Bawa berbincang dengan rakan-rakan serumah anda bagaimana untuk membahagi-bahagikan makanan.
Jika anda bersetuju untuk setiap makanan dalam peti itu adalah hak milik peribadi, maka adalah sangat penting untuk setiap orang dalam rumah tersebut menghormati makanan-makanan tersebut dengan tidak menyentuhnya.
Jika anda sangat-sangat perlukan sesetengah makanan tersebut, ada eloknya untuk bertanya dahulu atau hantar SMS kepada mereka bahwa anda ingin mengambil makanan mereka.
Jika rakan-rakan serumah anda mengambil keputusan untuk membuat jadual harian memasak, maka pembahagian duit dapur boleh dibuat berdasarkan jumlah barangan dapur yang dibeli untuk memasak menu-menu harian itu.
Jangka di luar jangkaan
Buat masa sekarang mungkin anda sudah sedikit terurus dengan pembahagian duit antara rakan-rakan serumah anda.
Tetapi satu nasihat terakhir daripada kami;
Jangka sesuatu yang tidak dapat dijangka.
Kita tidak selalu dapat merancang sesuatu dengan tepat kerana sudah pasti akan ada perkara yang berlaku di luar jangkaan.
Sediakan sebuah tabung rumah yang dipanggil reserve fund yang boleh digunakan untuk kegunaan kecemasan. Sekiranya tidak berlaku apa-apa yang memerlukan duit daripada tabung tersebut, duit-duit dalam tabung itu boleh diserahkan semula kepada semua ahli-ahli rumah.
Berkongsi rumah bersama rakan-rakan tak dapat dinafikan, memang best! Dan pembahagian kewangan antara rakan-rakan anda menjadikan perjalanan ini lebih manis dan bermakna.