Senarai Jagaan Rumah Untuk Memastikan Rumah Anda Sentiasa Bersih (Tanpa Stress)

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

2021 akan menjadi rumah paling bersih dan teratur bagi rumah anda!

Berikut adalah cara mudah untuk melaksanakan senarai semak penyelenggaraan rumah anda pada tahun baru: Laksakanan satu per satu!

Perlaksanaan sedikit demi sedikit memberikan hasil yang besar.

Dan jika anda mendedikasikan masa anda dalam penyelenggaraan rumah – dua jam seminggu, beberapa petang sebulan dan beberapa hari setahun – rumah anda akan kekal dalam bentuk tiptop pada tahun ini!

Mesti best kalau rumah anda sentiasa kekal bersih dan kemas sentiasa kan?

Berikut adalah senarai semak yang anda boleh ikuti:

Penyelenggaraan rumah mingguan

Penyelengaraan rumah secara mingguan, akan ditentukan oleh ciri-ciri rumah anda, kita boleh pecahkan kepada beberapa tugas berikut:

  • Pastikan anda vacuum permaidani-permaidani yang anda ada. Atau, jika anda mempunyai lantai kayu, mop lantai tersebut menggunakan air dan sabun yang sesuai.
  • Rancang untuk menghabiskan 30 minit melakukan satu tugas penyelenggaraan kecil di halaman anda, seperti mencantas semak atau rumput yang berlebihan, memastikan peti surat kosong, atau menyapu daun kering di sekitar rumah.
  • Lakukan beberapa penyelenggaraan pada bilik mandi anda. Sekali lagi, kita bercakap mengenai perkara yang akan di buat satu per satu di sini! Beberapa contoh:
    • Pastikan tiada rambut yang melekat pada ruangan lantai.
    • Luangkan masa untuk membaiki jubin yang rosak di bilik mandi atau tab mandi.
    • Bersihkan kotoran yang melekat pada kepala shower.
  • Wangikan tong sampah anda. Taburkan sedulang kiub ais padanya, diikuti dengan baking soda atau air lemon, dan voila! Ia akan menjadi bersih dan segar sentiasa.

shutterstock 683730031 3a16f2
Penyelenggaraan rumah bulanan

Ini adalah projek-projek yang kita semua tahu kita perlu lakukan secara teratur tetapi sering tidak berjaya untuk dilaksakan. Pilih mana-mana petang dalam bulan tersebut dan laksanakannya!

  • Bersihkan ketuhar anda. Ini adalah salah satu perkara yang sering kita lupakan, tetapi jika anda tidak menjaga ia secara teratur, ia akan menjadi tidak terurus, mengakibatkan ia sentiasa berminyak dan kotor.
  • Bersihkan kipas dan penapis udara dapur anda dan gantikannya jika perlu. Ini akan membantu penapis dapur anda berjalan dengan lebih efisien, mengurangkan penggunaan bil elektrik.
  • Gilap perabot yang berasaskan kayu dan pastikan lantai anda sentiasa bersih daripada kotoran.
  • Periksa pengesan asap dan api anda untuk memastikan ia berfungsi dan tidak memerlukan bateri baru. Sekiranya anda mempunyai pemadam api, pastikan ia dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  • Pemeriksaan secara visual di luar rumah anda sekiranya terdapat sebarang isu atau masalah, seperti tingkap yan longgar, pintu yang rosak, sarang serangga, atau rumput yang terlampau panjang. Pastikan anda mencatit ke semua masalah tersebut untuk diperbetulkan pada masa hadapan.

shutterstock 281534546 dfd756
Penyelenggaraan rumah tahunan

Jadualkan tugasan-tugasan tahunan ini dengan kaedah yang sesuai untuk anda. Anda boleh melakukannya mengikut keadaan rumah anda atau jadual tetap selama satu atau dua hari setahun untuk melaksakana tugasan-tugasan tersebut.

Berikut adalah beberapa tugasan yang anda boleh laksanakan sekali dalam setahun:

  • Bersihkan garaj, balkoni atau loteng anda sekiranya ada. Ini adalah tugas pembersihan yang kebanyakan orang tidak suka untuk lakukan, tetapi memberikan impak yang sangat baik setelah selesai! Tambahan, anda kemungkinan besar anda akan menemui barangan-barangan lama yang anda sudah tidak gunakan yang anda boleh dermakan kepada orang yang memerlukannya!
  • Cuci tingkap anda, dan biarkan cahaya matahari masuk! Mungkin ianya leceh untuk dilakukan, tetapi anda harus ingat, tingkap merupakan satu-satunya punca pencahayaan rumah anda!
  • Melaksakan projek pembaikan peralatan luar rumah setiap tahun, dan jadualkan satu atau dua hari untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, anda mungkin mahu memasang pagar, menambah baik sistem perpaipan, menambah jalan, atau memasang gazeebo pada halaman rumah anda.
  • Bersihkan ruangan penjuru rumah anda, periksa di bawah atap, keluarkan pokok atau semak-semak yang tumbuh di kawasan-kawasan berikut. Anda juga mungkin boleh gunakan penghalau serangga pada bahagian tersebut untuk mengelakkan kerosakan dalaman berlaku pada rumah anda.
  • Segarkan salah satu bilik di rumah anda. Pilih mana-mana bilik, dan memberikannya mini makeover. Sebagai contoh, anda boleh mengecatkannya semula, menukar langsir, menyusun perabot, dan menambah elemen tumbuhan dan dekorasi untuk memberikan rupa yang baru. Jika anda melakukan ini dengan satu bilik setahun, dalam beberapa tahun, seluruh rumah anda akan kelihatan hebat!

Dengan mengikuti senarai semak yang mudah ini, anda boleh memiliki rumah yang diselenggara dengan baik dengan masa dan tenaga yang dilaburkan secara minima.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Anda Hadapi Masalah Untuk Download Semua Free Gift Sebelum Ni?

Berita baik! Anda kini boleh dapatkannya semula dengan menekan mana-mana butang di bawah untuk dapatkan eBook atau dokumen 100% Percuma daripada kami.

Kami ingin memohon maaf kerana anda mungkin mengalami masalah untuk download dokumen/ebook yang ingin anda dapatkan. Ini adalah kerana sistem emel kami mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat menghantar sebarang emel dalam masa yang tertentu.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Notis Keluar Rumah

Sewanify - 38 Perkara Wajib Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

38 Perkara Penyewa Bermasalah Takut Dengan Anda

Siri Video Pengurusan Rumah Sewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!