Tentang Kami
Siapa Sewanify
Ramai tuan rumah menghadapi masalah untuk menguruskan penyewa yang tidak bertanggungjawab dalam penjagaan rumah sewa dan tiada disiplin dalam membayar sewa setiap bulan.
Kenapa masalah seperti ini kerap berlaku? Kami percaya, setiap Tuan Rumah berpotensi untuk menyelesaikan masalah ini – apabila wujudnya sistem pengurusan sewaan yang lebih strategik dan berstruktur.
Oleh itu, kami di Sewanify ingin membantu seramai Tuan Rumah yang boleh bagi memudahkan pengurusan sewaan mereka dan lindungi mereka daripada mimpi-mimpi ngeri yang bakal timbul sepanjang tempoh sewaan.
Misi Kami
Di Sewanify, kami ingin selesaikan masalah paling besar yang dialami oleh Tuan Rumah : Menguruskan Penyewa Bermasalah
Servis Kami
Kami sediakan Surat Perjanjian Sewa Rumah yang mudah difahami walaupun orang yang tidak berpelajaran tinggi dan yang paling penting ianya 100% patuh dengan undang-undang di Malaysia. Kami juga menyediakan pelbagai informasi-informasi yang berguna untuk tuan rumah melalui penulisan di blog kami secara percuma.
Tuan Rumah menambah kekayaannya di dalam tidur tanpa perlu bekerja, mengambil risiko, atau melakukan kegiatan ekonomi yang lain.
John Stuart Mill, Ahli Ekonomi Tweet