Contoh Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Mencari Contoh Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa? Solusi kepada Penyewa Tidak Bayar Sewa dan Penyewa Tidak Mahu Keluar Dari Rumah Sewa Anda.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Adakah anda mencari contoh notis keluar rumah kepada Penyewa?

Nak uruskan Penyewa bermasalah bukan mudah dan kami yakin, anda telah mengambil segala langkah yang diperlukan untuk pastikan Penyewa patuh pada arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Perjanjian sewa rumah adalah satu-satunya cara untuk kawal penyewa bermasalah daripada melakukan perkara di luar jangkaan anda dan memastikan hak anda kekal terlindung sebagai seorang Tuan Rumah.

Nak tahu lebih lanjut tentang perjanjian sewa rumah yang lengkap? Baca di sini >>> [TERKINI 2021] Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Lengkap & Ringkas — Elak Penyewa Dari “Neraka”

Segala notis yang dikeluarkan perlulah berdasarkan perjanjian sewa rumah yang telah dibuat supaya notis tersebut sah untuk digunakan, termasuklah notis keluar rumah kepada penyewa anda.

Akan tetapi, Penyewa tetap berdegil, tak bayar sewa dan terus melanggar segala peraturan walaupun perjanjian sewa rumah telah dibuat. Penyewa rumah sewa anda tidak ingin keluar meskipun anda telah cuba menghalau mereka beberapa kali.

Ingat: 

Jangan sesekali melakukan perbuatan yang boleh melanggar undang-undang seperti mengunci mangga rumah sewa anda kerana anda akan dituduh menghalang privasi penyewa untuk menduduki rumah sewa tersebut. Meskipun, rumah sewa tersebut adalah milik anda.

Apa perlu anda buat sebenarnya:

Pemberian notis kepada penyewa adalah salah satu langkah yang penting sekiranya anda sebagai Tuan Rumah ingin melaksanakan tindakan undang-undang terhadap mereka. 

Notis akan menguatkan lagi kes anda sekiranya anda ingin melaksanakan tuntutan melalui mahkamah atau tribunal terhadap sebarang isu yang ditimbulkan oleh penyewa, khususnya berkaitan dengan tunggakan sewa, tunggakan bil atau sebarang pelanggaran perjanjian sewa rumah.

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Di dalam artikel ini, kita akan terangkan kepada anda apakah maksud di sebalik pemberian notis keluar rumah sewa kepada penyewa anda. Kemudian, pada akhir artikel ini kami akan berikan anda contoh notis keluar rumah sewa yang anda boleh gunakan kepada penyewa anda.

Apakah Maksud Notis Keluar Rumah Sewa?

Secara mudahnya, notis ini dikeluarkan atas tujuan meminta/menyuruh Penyewa keluar dari rumah sewa tersebut atas alasan tertentu, tanpa melanggar mana-mana bahagian dalam perjanjian sewa rumah.

Kenapa Notis Keluar Rumah Sewa Dikeluarkan Kepada Penyewa?

Notis ini memainkan peranan yang penting untuk membela hak Tuan Rumah.

Kebiasaannya, notis ini dikeluarkan atas sebab pelanggaran perjanjian sewa rumah oleh Penyewa. Tuan Rumah berhak menghalau mereka keluar daripada rumah sewa tersebut (sekiranya dinyatakan di dalam perjanjian) sekiranya Penyewa tidak mematuhi mana-mana bahagian dalam perjanjian sewa rumah.

Pemberian notis adalah salah satu langkah sebelum Tuan Rumah mengambil apa-apa tindakan undang-undang.

Notis dikeluarkan atas tujuan mengingatkan Penyewa untuk perbetulkan keadaan seperti:

  1. Membayar tunggakan sewa
  2. Membayar tunggakan bil utiliti
  3. Mengemas rumah
  4. Memperbaiki Kerosakan

Apakah Format Notis Keluar Rumah Sewa?

Meskipun tidak ada format khusus untuk penghasilan notis keluar rumah sewa kepada penyewa, namun ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam menulis notis tersebut.

Antara kandungan yang perlu ada dalam sesebuah notis keluar rumah kepada penyewa adalah:

  1. Perincian Sewaan (Nama Penyewa, Alamat Rumah Sewa)
  2. Tujuan notis dikeluarkan
  3. Tarikh notis dikeluarkan
  4. Jumlah Pembayaran/Denda (Sekiranya ada)
  5. Tarikh/Tempoh untuk Penyewa balas atau perbetulkan keadaan

Semua informasi ini penting bagi mengukuhkan kedudukan tuntutan anda melalui sistem perundangan apabila diperlukan nanti.

Contoh Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Sewanify - Contoh Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Dapatkan template yang anda boleh gunakan untuk beri notis keluar rumah kepada penyewa anda. Isi nama dan emel anda dalam ruangan di bawah dan kami akan hantar anda contoh notis keluar rumah sewa ini kepada anda!

Cara Penyampaian Notis

Notis Keluar Rumah perlu disampaikan secara fizikal kepada Penyewa.

Terdapat dua cara yang anda boleh lakukan, iaitu:

  • Dengan Tangan. Iaitu anda sendiri yang hulurkan notis tersebut kepada Penyewa.
  • Menggunakan servis Ackowledgement of Receipt (AR) Post oleh POS Malaysia. Kaedah ini menggunakan sistem kad yang mana kad tersebut perlu ditandatangani oleh penerima (Penyewa) sebaik sahaja mereka menerima surat (Notis) yang dihantar bersama kad tersebut. Kemudiannya, kad itu akan dihantar semula kepada pengirim (Tuan Rumah) sebagai bukti penerimaan. Baca lebih lanjut di sini.

Kesimpulan

Notis keluar rumah kepada penyewa anda mempunyai tujuan dan kandungannya tersendiri bagi memastikan notis tersebut boleh digunakan di peringkat mahkamah. Jadi, pastikan anda menggunakan format notis yang betul untuk urusan rumah sewa anda.

Sekiranya anda ingin cari contoh notis keluar rumah kepada penyewa yang lengkap dan sesuai untuk pelbagai tujuan, isi nama dan emel anda menggunakan borang di bawah.

Download Template Notis Keluar Rumah

Isi borang di bawah dan semak Inbox anda untuk muat turun Contoh Notis Keluar Rumah ini sekarang juga!

Maklumat anda dilindungi di bawah polisi privasi kami.
Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

2 thoughts on “Contoh Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!