4 Perkara WAJIB TAHU Sebelum Perjanjian Sewa Rumah Dilaksanakan

Apa perlu anda tahu tentang perjanjian sewa rumah dan apakah cara perlaksanaan yang terbaik?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Perjanjian sewa rumah adalah ibarat nadi kepada pengurusan rumah sewa anda. Tanpanya, pengurusan rumah sewa anda tidak dapat dijalankan dengan mudah. 

Tanpa perjanjian, penyewa anda akan membuat kepala dan menindas anda sebagai tuan rumah. Tanpa perjanjian, hak anda tidak akan terlindung di mahkamah. Tanpa perjanjian, penyewa boleh untuk tidak membayar sewa dan lari dari tanggungjawab mereka.

Perjanjian bukan hanya sekadar dokumen hitam putih sahaja, ianya penting untuk memastikan yang penyewa dan tuan rumah mempunyai pemahaman yang sama.

Apa perlu anda tahu:

Buat masa sekarang, Akta Sewaan Kediaman masih dalam proses perbincangan oleh pihak kerajaan, jadi tiada lagi undang-undang tentang apa yang patut dan tidak patut dimasukkan dalam Perjanjiaan Sewa Rumah. 

Jadi, isi kandungan sesebuah perjanjian adalah bergantung pada persetujuan antara tuan rumah dan penyewa. Kebiasaannya, tuan rumah akan sediakan perjanjian dan berbincang dengan penyewa untuk proses tandatangan dan perlaksanaan.

Untuk menyediakan kontrak hitam putih, tiada keperluan untuk anda dapatkan nasihat peguam. Namun, untuk memastikan perjanjian tersebut tidak memihak pada satu belah saja, anda disarankan juga membawa perjanjian tersebut ke pakar dalam bidang ini sekiranya anda kurang pasti.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan perjanjian sewa rumah yang adil dan mempunyai klausa yang sama melindungi kedua belah pihak, kami di Sewanify menyediakan perjanjian sewa rumah yang lengkap dan mudah untuk digunakan.

Baca lanjut di sini: Contoh Perjanjian Sewa Rumah

Di dalam artikel ini, kita akan perbincangkan apa yang perlu anda tahu

1. Asas Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Perjanjian Sewa Rumah adalah sebuah kontrak antara penyewa dan tuan rumah yang menggariskan semua perkara penting dalam penyewaan seperti tempoh menyewa, kadar bulanan, kaedah bayaran dan huraian jelas tentang rumah yang disewakan.

Berikut adalah senarai perkara yang perlu dimasukkan di dalam sesebuah Perjanjian Sewa Rumah:

●                   Butiran hartanah/rumah (jenis rumah, alamat dan maklumat lain)

●                   Tempoh penyewaan

●                   Klausa pembaharuan

●                   Jumlah bayaran sewa

●                   Jumlah deposit

●                  Kaedah pembayaran untuk membayar sewa

●                   Penalti untuk sebarang pembayaran lewat

●                   Apa yang disediakan oleh tuan rumah (perabot, utiliti dan barang lain)

●                   Siapa yang tanggung kos baikpulih dan baiki

●                   Terma dan syarat untuk pemulangan deposit

●                   Terma dan syarat untuk penyewa sublet/tambahan

●                   Bil utiliti dan tanggungjawab cukai hartanah

●                   Klausa istimewa (haiwan peliharaan, merokok, akses terhadap ameniti dan peraturan lain)

Anda mungkin tertanya, adakah ini sahaja yang perlu anda masukkan dalam perjanjian? Atau mungkin adakah perkara-perkara di atas wajib untuk dimasukkan?

Di dalam artikel ini, kami ada bincangkan apakah perkara-perkara yang perlu anda masukkan dalam perjanjian supaya ianya sah untuk digunakan.

Baca lebih lanjut: Sah Ke Perjanjian Sewa Rumah Saya?

2. Menandatangani Perjanjian Penyewaan

Tidak semua tuan rumah atau penyewa sewenang-wenangya bersetuju untuk menandatangani sesuatu yang mereka tidak faham.

Perjanjian sewa rumah menjadi sebuah perkara yang ditakuti ramai, tidak kira tuan rumah ataupun penyewa.

Sebab apa?

Mereka tidak faham isi kandungan perjanjian tersebut.

Apa yang perlu anda lakukan:

Semua terma dan syarat perlu dibincangkan terlebih dahulu antara tuan rumah dan penyewa sebelum ditandatangani. 

Sekiranya terdapat salah faham atau tidak bersetuju, maka adalah tanggungjawab kepada si penyedia perjanjian mengubah terma yang ada di dalamnya sehingga kedua-dua belah pihak bersetuju.

Jika semua terma dan dan syarat dipersetujui dan ditangani oleh kedua-dua pihak, perjanjian itu perlu disetemkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam masa 30 hari untuk pengesahan Mahkamah Malaysia.

Jika anda tidak melakukan proses mematikan setem ini, maka perjanjian yang telah ditandatangani tersebut tidak akan menjadi sah di sisi undang-undang Malaysia.

Mengenai kos mematikan setem pula:

Kebiasaannya, duti setem akan dibayar oleh penyewa namun tuan rumah juga boleh memilih untuk membayar kos tersebut. Bergantung pada persetujuan kedua-dua belah pihak.

Amat disarankan untuk kedua-dua belah pihak mempunyai salinan asal Perjanjian yang telah disetemkan – satu untuk penyewa dan satu lagi untuk tuan rumah.

Jika melibatkan ejen mereka juga perlu mempunyai satu salinan tambahan.

3. Penamatan Awal Perjanjian Sewa Rumah

Jika penyewa menamatkan kontrak sewa rumah lebih awal dari yang sepatutnya, mereka perlu membayar jumlah sewa yang belum dibayar melainkan terdapat klausa keluar yang dinyatakan dalam Perjanjian Penyewaan.

Di dalam Perjanjian Sewa Rumah Sewanify, kami menekankan klausa bahawa sekiranya Penyewa ingin keluar lebih awal daripada tarikh akhir dalam perjanjian, maka Tuan Rumah berhak mengambil sewa pada bulan yang selebihnya daripada penyewa.

Katakan terdapat enam bulan lagi dalam kontrak, penyewa bertanggungjawab untuk membayar enam bulan sewa rumah walaupun mereka sudah keluar.

Sebabnya? 

Ia mendatangkan kerugian kepada Tuan Rumah kerana Tuan Rumah terpaksa mencari penyewa yang baru dalam tempoh masa yang terdekat. 

Selain itu, disebabkan Penyewa sudah bersetuju (berjanji) untuk duduk dalam rumah sewa tersebut sehingga tarikh akhir dalam perjanjian, maka secara undang-undangnya, Tuan Rumah berhak untuk menuntut hak mereka daripada Penyewa.

4. Undang-Undang Berkaitan Penyewaan Rumah

Terdapat beberapa undang-undang yang digunapakai dalam proses menguruskan sewaan rumah. Antara yang anda patut tahu adalah.

●                   Akta Kontrak 1950, yang meliputi konflik perjanjian penyewaan.

●                   Akta Undang-undang Sivil 1956, yang meliputi pertikaian bayaran.

●                   Akta Distres 1951, yang meliputi hal berkenaan pengusiran.

●                   Undang-undang Lazim atau Kes, kedua-duanya meliputi pertikaian sewa.

Jika tiada perjanjian dipersetujui, tiada satu pun undang-undang di atas yang boleh digunapakai untuk membantu bela anda apabila berlaku pertikaian antara tuan rumah dan penyewa nanti.

Oleh itu, amat penting untuk mempunyai Perjanjian Sewa Rumah yang mudah untuk difahami supaya kedua-dua belah pihak tahu dan faham tanggungjawab mereka sebelum perjanjian itu ditandatangani lagi. Selepas itu barulah anda pastikan perjanjian tersebut sah untuk digunakan dengan memenuhi segala perkara dalam Akta Kontrak 1950 dan juga memastikan ia telah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tak pasti nak dapatkan perjanjian sewa rumah di mana?

Baca lebih lanjut di sini >>> Contoh Perjanjian Sewa Rumah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Anda Hadapi Masalah Untuk Download Semua Free Gift Sebelum Ni?

Berita baik! Anda kini boleh dapatkannya semula dengan menekan mana-mana butang di bawah untuk dapatkan eBook atau dokumen 100% Percuma daripada kami.

Kami ingin memohon maaf kerana anda mungkin mengalami masalah untuk download dokumen/ebook yang ingin anda dapatkan. Ini adalah kerana sistem emel kami mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat menghantar sebarang emel dalam masa yang tertentu.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Notis Keluar Rumah

Sewanify - 38 Perkara Wajib Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

38 Perkara Penyewa Bermasalah Takut Dengan Anda

Siri Video Pengurusan Rumah Sewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!