3 Sebab Kenapa Anda Perlukan Perjanjian Sewa Rumah Kepada Pelajar

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

perjanjian sewa rumah kepada pelajar

Perjanjian sewa rumah kepada pelajar memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar yang anda ambil sebagai penyewa kekal berdisiplin sepanjang tempoh sewaan.

Sekiranya lokasi rumah sewa anda berhampiran dengan kampus universiti atau kolej, sudah pasti peluang untuk anda dapatkan penyewa dari kalangan pelajar itu sangat tinggi.

Namun, menyewakan rumah sewa anda kepada golongan pelajar mempunyai risikonya tersendiri sekiranya anda tidak menggunakan perjanjian sewa rumah yang bersesuaian dengan golongan ini.

perjanjian sewa rumah kepada pelajar - contoh dokumen

Jom kita lihat apakah antara kepentingan memiliki sebuah dokumen perjanjian dalam memastikan pengurusan rumah sewa anda berjalan dengan lancar meskipun anda mengambil pelajar sebagai penyewa. 

1. Mengawal Tingkah Laku Pelajar

Sebahagian (majoriti) daripada kalangan pelajar ini mungkin pertama kali merantau keluar dari tempat tinggal mereka. Mereka inilah yang bakal membawa pelbagai watak dan personaliti untuk menjadi penyewa rumah anda.

Anda sebagai Tuan Rumah tidak boleh mengubah watak atau personaliti mereka. Namun, anda boleh kuatkuasakan undang-undang dan peraturan rumah sewa anda melalui dokumen perjanjian yang dipersetujui bersama.

Di dalam sesebuah perjanjian sewa rumah kepada pelajar ini perlu dinyatakan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat dalam rumah sewa tersebut sepanjang tempoh sewaan.

Setiap daripada klausa ini perlu dinyatakan secara menyeluruh supaya ia boleh melindungi hak anda sepenuhnya.

Tak pasti apakah yang perlu ada dalam sesebuah perjanjian sewa rumah? Baca artikel kami di bawah:

KLIK UNTUK BACA >>> Format Perjanjian Sewa Rumah

Oleh sebab itu, perjanjian sewa rumah kepada pelajar ini sangat penting untuk mengawal tingkah laku mereka daripada melampaui batas yang telah ditetapkan.

2. Membina Kefahaman Yang Sama

Apabila adanya sebuah perjanjian sewa rumah kepada pelajar, kefahaman yang sama dapat dibentuk antara Tuan Rumah dengan penyewa dari golongan pelajar ini.

Anda perlu tahu, apabila kita bercakap tentang pelajar, mereka ini adalah insan-insan yang baru sahaja ingin melihat dunia luar dan belajar tentang erti kehidupan. Seperti yang kita sebutkan sebelum ini, sebahagian daripada mereka adalah perantau dari pelbagai negeri.

Kebanyakan daripada mereka mungkin tidak tahu apakah norma kehidupan di tempat-tempat baharu seperti rumah sewa anda. Besar kemungkinan, mereka first-time untuk hidup bersewa.

Dengan memiliki perjanjian sewa rumah dengan pelajar ini, mereka boleh dipimpin dengan menggunakan panduan yang betul dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Dokumen perjanjian ini bukanlah hanya terhad untuk dijadikan sebagai dokumen perundangan sahaja. Ia boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk mewujudkan kefahaman antara Tuan Rumah dengan Penyewa golongan pelajar ini.

Contohnya, sekiranya penyewa dari golongan pelajar ini sudah terbiasa untuk membela haiwan peliharaan di rumah mereka, manakala anda sebagai Tuan Rumah pula tidak benarkan sebarang haiwan dalam rumah sewa anda. Maka, perjanjian sewa rumah ini akan menjadi penentu sama ada haiwan peliharaan tersebut boleh dibawa ke rumah sewa anda atau tidak. Walaubagaimanapun, anda perlulah berbincang dengan bakal penyewa anda terlebih dahulu sebelum draf perjanjian sewa rumah tersebut supaya persetujuan dan kefahaman bersama dapat dicapai dengan mudah.

Nak dapatkan template perjanjian sewa rumah yang boleh digunakan untuk golongan pelajar? Klik link dibawah:

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

3. Disiplin Membayar Sewa

Golongan pelajar adalah golongan yang tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap dan hanya berharap daripada biasiswa, pinjaman ataupun sokongan daripada ibu bapa mereka.

Meskipun golongan ini mempunyai sokongan kewangan yang baik, namun golongan ini jugalah berpotensi tinggi untuk menyalahgunakan wang yang mereka miliki itu ke tempat yang tidak sepatutnya. 

Untuk pastikan mereka kekal membayar sewa on-time, anda sebagai Tuan Rumah perlu kuatkuasakan perjanjian sewa rumah kepada golongan pelajar ini. Peringatan perlu diberikan sebanyak yang mungkin, khususnya pada awal-awal sewaan, bagi membentuk disiplin mereka membayar sewa tepat pada masanya setiap bulan.

Denda lewat bayar juga boleh anda kenakan kepada mereka sekiranya mereka gagal melunaskan pembayaran sewa yang sepatutnya. Pastikan klausa denda lewat bayar ini dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian sewa rumah anda dan terangkan kepada mereka tentang klausa ini sebelum mereka mula tinggal dalam rumah sewa anda.

Apabila adanya perjanjian sewa rumah kepada pelajar ini, disiplin membayar sewa tepat pada masanya dapat dibentuk bermula dari bulan pertama sewaan lagi.

Konklusi

Perjanjian sewa rumah yang digunakan ke atas golongan pelajar ini membawa pelbagai manfaat dengan daya usaha yang sedikit. 

Sebagai Tuan Rumah yang profesional, dokumen perjanjian ini perlu anda fahami terlebih dahulu dan kemudiannya diterangkan kepada penyewa supaya mereka juga faham tentang batas-batas mereka.

Namun begitu, kami juga sedari bahawa kebanyakan perjanjian sewa rumah di luar sana yang boleh dipercayai dan mudah digunakan sukar untuk dicari. Lagi-lagi untuk digunakan ke atas golongan pelajar. 

Oleh itu, kami di Sewanify ingin mengajak anda untuk bersama-sama 4,000+ Tuan Rumah di luar sana mempertahankan hak anda sebagai Tuan Rumah daripada penyewa-penyewa dari Neraka dengan menggunakan perjanjian sewa rumah yang lengkap, sah di sisi undang-undang dan paling penting, mudah untuk digunakan.

Anda boleh dapatkan perjanjian sewa rumah tersebut sekarang dengan klik pada link di bawah. Kami juga akan sertakan pelbagai bonus menarik bagi membantu anda menguruskan rumah sewa anda secara lebih profesional.

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Semoga berjaya dalam apa jua yang anda lakukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Anda Hadapi Masalah Untuk Download Semua Free Gift Sebelum Ni?

Berita baik! Anda kini boleh dapatkannya semula dengan menekan mana-mana butang di bawah untuk dapatkan eBook atau dokumen 100% Percuma daripada kami.

Kami ingin memohon maaf kerana anda mungkin mengalami masalah untuk download dokumen/ebook yang ingin anda dapatkan. Ini adalah kerana sistem emel kami mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat menghantar sebarang emel dalam masa yang tertentu.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Notis Keluar Rumah

Sewanify - 38 Perkara Wajib Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

38 Perkara Penyewa Bermasalah Takut Dengan Anda

Siri Video Pengurusan Rumah Sewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!