Apakah cara mencari penyewa rumah yang terbaik untuk rumah sewa anda?
Antara cabaran para tuan rumah adalah untuk memastikan setiap cara cari penyewa rumah yang digunakan itu mampu mendapatkan penyewa yang berkualiti dan tidak menyusahkan sepanjang pengurusan rumah sewa itu.
Bagi anda yang first-time nak sewakan rumah anda:
Memilih penyewa yang salah boleh menyebabkan kerugian ribuan ringgit terhadap pelaburan rumah sewa anda!
Kenapa?
Penyewa yang salah akan:
- Melewatkan pembayaran sewa
- Tidak membayar bil utiliti
- Merosakkan harta benda rumah
- Tidak mematuhi perjanjian sewa rumah
- Membuat kekecohan terhadap jiran tetangga
- Hilang tanpa membayar sewa
… dan banyak lagi!
Namun begitu, anda mungkin akan terselamat daripada perkara-perkara ini sekiranya anda memiliki perjanjian sewa rumah yang lengkap dan mudah untuk difahami.
Nak tahu lebih mendalam tentang perjanjian sewa rumah? Baca lebih lanjut di sini.
Jadi, di dalam artikel ini, kita akan lihat apakah cara-cara terbaik untuk memilih penyewa yang betul untuk rumah sewa anda.
1. Sediakan dan fahamkan dokumen perjanjian sewa rumah
Perkara pertama yang perlu anda lakukan bagi mendapatkan penyewa yang terbaik adalah dengan anda sendiri sebagai tuan rumah 100% faham kandungan perjanjian sewa rumah anda.
Perjanjian sewa rumah adalah tunjang bagi mengekang pelbagai isu yang ditimbulkan oleh penyewa sepanjang tempoh sewaan.
Sekiranya tuan rumah memahami apakah maksud di sebalik setiap terma dalam sesebuah perjanjian sewa rumah,maka tuan rumah akan lebih mengetahui apakah jenis penyewa yang patut mereka cari.
Contoh:
Apabila perjanjian sewa rumah telah menyatakan apabila berlaku sebarang kelewatan dalam pembayaran sewa, denda akan dikenakan kepada penyewa, maka penyewa yang ideal di dalam kes ini adalah penyewa yang mempunyai tahap disiplin yang baik dan kewangan yang stabil.
Memahami perjanjian sewa rumah adalah kunci yang penting dalam memastikan proses mencari penyewa rumah itu lebih mudah dan cepat.
2. Tentukan kriteria penyewa pilihan
Setelah anda memahami segala isi kandungan perjanjian sewa rumah tersebut, tiba masa untuk anda tentukan pakah kriteria yang patut anda tetapkan dalam proses mencari penyewa rumah yang bersesuaian.
Jangan lupa perkara ini:
Kriteria-kriteria ini haruslah bersesuaian dengan anda dan juga keadaan rumah sewa anda. Kami tidak galakkan untuk anda tetapkan kritera yang tidak munasabah seperti penyewa yang berdapatan tinggi (pendapatan RM10,000/bulan) untuk rumah flat yang mempunyai bayaran sewa RM300/bulan. Anda akan mengalami kesukaran untuk mencari penyewa yang boleh memenuhi kriteria tersebut.
Antara kriteria penyewa yang boleh anda ambil kira adalah:
- Pendapatan
- Latar belakang
- Bangsa
- Agama
- Cara hidup
- Status
- Pekerjaan
- Tempat Kerja
- Jawatan
- Memiliki kenderaan sendiri atau tidak
- Perokok atau bukan perokok
Sekiranya anda ingin dapatkan penyewa yang berkualiti, pastikan kriteria yang anda tetapkan juga adalah berkualiti.
Memiliki kriteria betul adalah antara cara mencari penyewa rumah yang boleh memberi anda potensi untuk mendapatkan penyewa dari ‘Syurga’.
Seterusnya, apabila anda sudah memiliki kriteria yang bersesuaian, tiba masa untuk anda tapis penyewa-penyewa yang anda perolehi.
3. Tapis Penyewa
Apabila anda sudah mempunyai kriteria-kriteria penyewa yang bersesuaian, cara ketiga untuk mencari penyewa rumah sewa anda adalah untuk tapis senarai penyewa berpotensi yang anda peroleh.
Mungkin ramai bakal penyewa yang hubungi anda sebaik sahaja anda mengiklankan rumah sewa anda.
Tetapi ingat:
Tidak semua bakal penyewa adalah berkualiti, dan paling penting, boleh memenuhi kriteria pemilihan penyewa anda.
Jadi, pastikan anda melakukan tapisan terhadap bakal-bakal penyewa yang hubungi anda.
Anda boleh tapis dengan bertanyakan beberapa soalan terlebih dahulu kepada mereka (sama ada melalui WhatsApp atau panggilan telefon):
- Nama
- Umur
- Pekerjaan
- Gaji
- Tempat Kerja
- Jantina
- Status Perkahwinan
Apabila anda sudah mempunyai segala informasi ini, lebih mudah untuk ada tapis penyewa mengikut kriteria yang anda tetapkan.
4. Semak Latar Belakang
Ada dua perkara penting yang perlu anda semak apabila ingin memilih penyewa yang betul.
- Kewangan
Kewangan merupakan prioriti yang utama apabila melibatkan urusan rumah sewa. Latar belakang kewangan boleh dinilai berdasarkan tahap disiplin mereka membayar komitmen mereka setiap bulan. Penilaian ini direkodkan di dalam sebuah sistem yang dikenali sebagai Credit Tip-Off Service (CTOS).
Lebih baik skor penilaian yang diberikan oleh CTOS, lebih berdisiplin orang tersebut dalam membayar komitmen bulanannya.
Namun, anda tidak boleh akses perkara ini melainkan dengan cara membeli rekod penilaian tersebut daripada pihak ketiga. Di Malaysia, servis pengeluaran rekod CTOS dikendalikan oleh CTOS Credit dan anda boleh dapatkan rekod bakal penyewa anda daripada mereka.
- Pekerjaan
Sebaiknya, dapatkan penyewa yang mempunyai pekerjaan yang tetap dan stabil. Pekerjaan yang tetap dan stabil mampu sekurang-kurangnya memberi anda jaminan yang lebih tinggi untuk mereka kekal membayar sewa sehingga tempoh akhir sewaan.
Cuba untuk elak mengambil pekerjaan yang berbentuk gig atau tidak tetap seperti kerja sambilan, pemandu e-hailing, penghantar makanan bagi mengelak sebarang isu untuk pembayaran sewa nanti.
Meskipun ekonomi gig ini menjadi sebutan ramai tentang pendapatan tinggi mereka, namun ia tidak menjanjikan sebarang kestabilan terhadap karier mereka. Sangat mudah untuk mereka berhenti atau diberhentikan pada bila-bila masa berbanding bakal penyewa yang bekerja tetap.
5. Terangkan Peraturan Rumah Sewa
Sebelum mana-mana individu diterima sebagai penyewa anda, pastikan mereka sedar dan faham tentang apakah peraturan rumah sewa yang perlu mereka patuhi.
Segala peraturan ini akan didokumentasikan di dalam sebuah kontrak sewa rumah.
Anda perlu tahu:
Kebanyakan individu tidak selesa untuk menandatangi perjanjian sewa rumah yang mereka tidak faham isi kandungannya.
Jadi, sebagai tuan rumah yang bertanggungjawab anda perlu terangkan segala isi kandungan dalam perjanjian sewa rumah supaya mereka tahu apa yang perlu mereka patuhi sebagai seorang penyewa.
Langkah ini juga boleh memberi keyakinan kepada penyewa bahawa anda mengambil serius tentang pengurusan rumah sewa tersebut di samping memastikan hanya penyewa yang betul-betul berminat sahaja akan menyewa dengan anda.
Oleh sebab itu:
Apa yang kami tekankan pada poin no.1 dalam artikel ini adalah untuk anda betul-betul faham apakah isi kandungan perjanjian sewa rumah anda.
Apabila anda faham, percayalah, sangat-sangat mudah untuk anda yakinkan penyewa bahawa anda adalah tuan rumah yang boleh dipercayai untuk menjaga kebajikan mereka sepanjang tempoh sewaan.
Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda menarik minat penyewa yang berkualiti dan menapis penyewa yang bermasalah.
Konklusi
Di dalam artikel ini, kita telah perbincangkan pelbagai cara mencari penyewa rumah yang bersesuaian bermula dengan anda sebagai tuan rumah memahami perjanjian sewa rumah terlebih dahulu, kemudian memiliki kriteria penyewa pilihan yang munasabah, membuat tapisan penyewa, melakukan semakan latar belakang dan akhirnya memastikan penyewa faham tentang perjanjian sewa rumah anda.
Kebanyakan tuan rumah, tidak kira yang sudah lama atau baru sahaja ingin ceburi bidang pelaburan hartanah, akan berasa takut atau tidak yakin apabila ingin memilih penyewa yang bersesuaian.
Namun begitu, jangan biarkan perasaan tersebut memakan diri anda dan menghalang anda daripada membuat keputusan yang betul. Sering kali kami nasihatkan mana-mana tuan rumah untuk sentiasa mengambil langkah proaktif dan tidak hanya mengharapkan penyewa itu datang daripada ‘Syurga’ secara tiba-tiba. Usaha yang berterusan adalah perlu tidak kira dari segi penambahan ilmu atau mempraktikkan mana-mana strategi dalam sesebuah pengurusan rumah sewa.
Sekiranya anda ingin belajar lebih lanjut berkaitan pengurusan rumah sewa secara 100% PERCUMA, klik butang di bawah untuk dapatkan Kelas Pengurusan Rumah Sewa bagi memudahkan anda untuk uruskan rumah sewa anda dengan lebih profesional dan strategik.
70% Tuan Rumah gagal uruskan rumah sewa mereka kerana mereka tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk lindungi hak mereka sebagai seorang tuan rumah.
Pelajari apa yang wajib anda lakukan sepanjang tempoh sewaan untuk elak kerugian ribuan ringgit akibat Penyewa bermasalah!
70% Tuan Rumah gagal uruskan rumah sewa mereka kerana mereka tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk lindungi hak mereka sebagai seorang tuan rumah.
Pelajari apa yang wajib anda lakukan sepanjang tempoh sewaan untuk elak kerugian ribuan ringgit akibat Penyewa bermasalah!
Terima kasih kerana membaca dan semoga maju jaya dalam menguruskan rumah sewa anda!