Adakah Saya Perlukan Surat Perjanjian Sewa Rumah?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Adakah Saya Perlukan Surat Perjanjian Sewa Rumah?

Bagi sesetengah orang, mempunyai surat perjanjian sewa rumah menyebabkan kos yang tinggi dan mengurangkan keuntungan sesebuah pelaburan rumah sewa.

Sebabnya?

Mereka ingat ia akan menakutkan para penyewa dan mengurangkan sasaran penyewa yang mereka boleh capai.

Kami 100% yakin bahawa tanggapan mereka itu adalah salah!

Logik di sebalik menggunakan surat perjanjian sewa rumah adalah sama dengan logik di sebalik menandatangani mana-mana kontrak: iaitu untuk mendapatkan persetujuan hitam putih yang JELAS dan membantu anda mengelak daripada sebarang kesalahfahaman sepanjang tempoh sewaan berlaku.

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Di dalam artikel ini, kita akan bincangkan persoalan yang biasa kami terima:

“Perlu ke ada surat perjanjian sewa rumah ni?”

Pada poin No. 1 dan No. 2 kita akan bincangkan tentang kepentingan perjanjian sewa rumah. Poin No. 3 dan No. 4, kita akan bincangkan apakah kelebihannya dari segi bersifat adil kepada Penyewa dan Poin yang terakhir, kita akan bincangkan apakah antara sebab-sebab yang membuatkan anda tidak perlu pada dokumen perjanjian sewa rumah.

1) Perlindungan kepada Tuan Rumah

Ini adalah perkara yang paling penting dan sebab yang paling utama kenapa Tuan Rumah perlukan perjanjian sewa rumahm, iaitu untuk melindungi diri daripada dipermainkan oleh Penyewa.

Sekiranya berlaku suatu perkara yang tidak diingini, surat perjanjian sewa rumah memainkan peranan yang sangat penting untuk melindungi tuan rumah daripada sebarang isu ditimbulkan oleh Penyewa.

Perlindungan Tuan Rumah  - Surat Perjanjian Sewa Rumah

Sebagai contoh, sekiranya tuan rumah ingin menuntut kadar sewa tertunggak daripada penyewa, beliau boleh mengfailkan saman kepada penyewa dan gunakan surat perjanjian sewa rumah sebagai bahan bukti.

Sebarang pertelingkahan atau salah faham akan diselesaikan mengikut apa yang telah dipersetujui di dalam surat perjanjian tersebut.

Mempunyai kontrak dalam sewaan rumah juga akan membenarkan tuan rumah mengambil sebahagian atau ke semua deposit sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat oleh penyewa.

Hak untuk memegang deposit ini memastikan penyewa patuh pada tempoh sewaan, iaitu sekiranya penyewa keluar tanpa sebarang notis, deposit akan digunakan sepenuhnya sebagai pembayaran ganti rugi.

2) Sebagai Bukti Sewaan kepada Tuan Rumah

Salah satu kriteria yang bank lihat semasa menilai credit score seseorang itu adalah melalui pendapatannya.

Seorang tuan rumah boleh memasukkan surat perjanjian sewa rumah mereka sebagai dokumen sokongan bagi mendapatkan sebarang pinjaman.

Dokumen perjanjian ini juga akan digunakan bagi tujuan deklarasi pendapatan apabile mengfailkan cukai dengan pihak LHDN. Anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun pada cukai anda sekiranya anda boleh buktikan hasil sewaan tersebut menggunakan perjanjian sewa rumah yang lengkap.

Oleh sebab itu, pentingnya ada sebuah perjanjian sewa rumah yang sah untuk digunakan bagi memastikan urusan anda bersama pihak bank dan pihak LHDN mudah apabila diperlukan nanti.

3) Kadar dan Tempoh Sewa Rumah yang Tetap untuk Penyewa

Mempunyai sebuah kontrak sewa rumah boleh mengelakkan pihak tuan rumah daripada menaikkan lagi kadar sewa di dalam tempoh sewaan tersebut.

Di dalam sebuah surat perjanjian sewa rumah, kami sarankan untuk kedua-dua belah pihak, penyewa khususnya, untuk memastikan terdapat klausa yang menetapkan kadar sewa tidak boleh dinaikkan sepanjang tempoh sewaan atau tanpa persetujuan penyewa.

Dengan adanya syarat ini, penyewa akan terlindung daripada sebarang perubahan pada kadar sewa sepanjang tempoh sewaan yang ditetapkan di dalam perjanjian.

Tanpa sebarang persetujuan yang jelas tentang kadar dan tempoh sewa, tuan rumah boleh sesuka menaikkan kadar sewa dan memaksa penyewa akur pada kenaikan tersebut atau terpaksa pindah keluar. 

4) Melindungi Deposit Penyewa

Sebuah surat perjanjian sewa rumah boleh dijadikan sebagai satu bukti menyatakan penyewa sudah meletak sejumlah wang kepada penyewa sebagai suatu deposit.

Deposit - Surat Perjanjian Sewa Rumah

Tanpa sebarang kontrak sewa rumah, tuan rumah boleh dengan mudahnya menolak sebarang transaksi yang berlaku sebelum itu.

Tuan rumah juga boleh bertindak untuk tidak memulangkan deposit tersebut.

Tambahan, surat perjanjian ini boleh dijadikan sebagai sebuah garis panduan kepada penyewa untuk kekal berdisiplin dalam mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Sekiranya penyewa melanggar mana-mana bahagian perjanjian ini, mereka bertanggungjawab dalam memperbetulkan keadaan sama ada melalui penolakan deposit atau kaedah lain yang dipersetujui oleh tuan rumah.

Nak tahu lebih lanjut tentang deposit sewa rumah?

Baca Lagi >>> Berapakah Jumlah Deposit Yang Ingin Dikenakan Kepada Penyewa

5) Adakah alasan lain untuk TIDAK mempunyai kontrak?

Sebenarnya, ada beberapa sebab kenapa anda tidak perlu untuk mempunyai sebarang kontrak perjanjian sewa rumah.

Sekiranya jumlah sewaan adalah 3-6 bulan, sebuah surat perjanjian sewa rumah mungkin sahaja tidak sesuai digunakan. Malah, ada juga penyewa yang hanya ingin tinggal sementara sahaja sementara menunggu rumah betul mereka siap sepenuhnya.

Sebahagian yang lain pula tidak ingin menakutkan Penyewa dengan kontrak yang berjela panjangnya. Malah, Tuan Rumah dan Penyewa tidak mahir dengan selok-belok perundangan. Jadi, jalan paling mudah adalah untuk tinggalkannya dan hanya bergantung pada kepercayaan sesama sendiri sahaja. Sekiranya Tuan Rumah dan Penyewa adalah saling mengenali dan rapat antara satu sama lain, maka ia adalah salah satu sebab kenapa anda tidak perlukan perjanjian sewa rumah.

Walaubagaimanapun, kami sama sekali TIDAK GALAKKAN anda teruskan sewaan tanpa ada sebarang perjanjian sewa rumah atas alasan anda tidak faham kandungannya atau tidak pandai dalam proses perundangan urusan rumah sewa. Di Sewanify, kami percaya kefahaman adalah perkara yang paling utama dalam memastikan perjanjian sewa rumah digunakan dan dikuatkuasakan dengan sempurna. Oleh itu, kami telah keluarkan sebuah solusi iaitu perjanjian sewa rumah yang 100% mudah difahami oleh ke semua peringkat umur dan latar belakang yang sah di sisi undang-undang di Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut? Klik butang di bawah:

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.
Kontrak - Surat Perjanjian Sewa Rumah

Selain itu, ada juga sesetengah tuan rumah yang ingin jimat daripada membayar kos matikan setem. Bergantung pada kadar dan tempoh sewaan, kos untuk mematikan setem mencecah ratusan ringgit malah boleh hingga ribuan ringgit. Jadi, bagi anda yang ingin berjimat untuk elak membayar kos mematikan setem ini, maka anda tidak perlukan perjanjian sewa rumah.

Ingat:

Memiliki perjanjian sewa rumah tanpa mendapatkan setem hasil di LHDN adalah TIDAK SAH.

Nak tahu lebih lanjut tentang proses mematikan setem di LHDN?

Baca di sini >>>> 6 Perkara Perlu Dibuat Selepas Perjanjian Sewa Rumah Dilaksanakan

Kesimpulan

Terdapat banyak sebab kenapa kebanyakan tuan rumah tidak menggunakan surat perjanjian sewa rumah. Kami yakin, memiliki sebuah kontrak sebagai tanda persetujuan mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.

Antara alasan yang kerap sekali kami terima adalah ramai daripada tuan rumah tidak ingin berjumpa dengan peguam untuk mendapatkan draf surat perjanjian daripada mereka. Kenapa? Kerana mereka mengganggap perjanjian yang dikeluarkan oleh mereka sangat complicated dan sukar untuk difahami. Akhirnya, walaupun perjanjian telah dibuat, penyewa masih lagi melanggara peraturan rumah.

Nak bawa kes ke mahkamah? Adakah tuan rumah betul-betul dalam posisi yang betul? Adakah tuan rumah yakin bahawa apa yang penyewa buat itu melanggar perjanjian yang dipersetujui?

Maka, di sinilah sebab utama kenapa masih ramai lagi yang enggan menggunakan surat perjanjian sewa rumah.

Tetapi, anda kini tidak lagi perlu risau, kerana kami di Sewanify menawarkan sebuah solusi yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang tuan rumah bakal hadapi sepanjang tempoh sewaan. Masalah seperti penyewa lewat bayar, penyewa membawa anjing ke dalam rumah sewa, penyewa tidak keluar pada tarikh yang sepatutnya dan lain-lain lagi boleh dielak dengan mudah!

Apakah solusi itu? 

Sudah semestinya surat perjanjian sewa rumah yang lengkap dengan pelbagai klausa yang penting untuk melindungi hak kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, ia adalah di dalam versi Bahasa Melayu yang mudah untuk difahami. Lengkap dengan peraturan dan tatacara yang perlu penyewa ikut semasa berada di rumah sewa anda.

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Anda Hadapi Masalah Untuk Download Semua Free Gift Sebelum Ni?

Berita baik! Anda kini boleh dapatkannya semula dengan menekan mana-mana butang di bawah untuk dapatkan eBook atau dokumen 100% Percuma daripada kami.

Kami ingin memohon maaf kerana anda mungkin mengalami masalah untuk download dokumen/ebook yang ingin anda dapatkan. Ini adalah kerana sistem emel kami mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat menghantar sebarang emel dalam masa yang tertentu.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Notis Keluar Rumah

Sewanify - 38 Perkara Wajib Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

38 Perkara Penyewa Bermasalah Takut Dengan Anda

Siri Video Pengurusan Rumah Sewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!