Penyewa Bela Kucing atau Haiwan Peliharaan Yang Lain? Ini Apa Yang Anda WAJIB Buat – Elak Kerosakan & Bau Akibat Haiwan Peliharaan Ini.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Penyewa Bela Kucing atau Haiwan Peliharaan Yang Lain? Ini Apa Yang Anda WAJIB Buat – Elak Kerosakan & Bau Akibat Haiwan Peliharaan Ini.

Beberapa tahun kebelakangan ini, boleh dikatakan agak sukar untuk mencari Tuan Rumah yang membenarkan Penyewa membawa haiwan peliharaan seperti kucing untuk tinggal bersama.

Tidak dapat dinafikan lagi, kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang comel dan mempunyai perwatakan yang menghiburkan bagi pemiliknya.

Oleh sebab itu, kebanyakan orang khususnya di Malaysia memilih untuk mengambil kucing sebagai haiwan peliharaan.

Maka:

Ini menjadikan pasaran sewaan rumah mempunyai permintaan yang tinggi terhadap kebolehan memiliki haiwan peliharaan di dalam rumah sewa.

Anda sebagai pelabur hartanah mungkin mempunyai peluang untuk mengambil manfaat sepenuhnya daripada permintaan ini.

Berdasarkan kaji selidik yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, sebanyak 594 responden yang layak menyertai kajian yang dijalankan untuk mengkaji status pemilikan haiwan peliharaan dalam kalangan isi rumah. Hasil menunjukkan yang separuh (47%) daripada isi rumah mempunyai haiwan peliharaan.

Kajian ini membuktikan bahawa terdapat banyak keluarga yang berkongsi kediaman bersama haiwan peliharaan mereka.

Ini bermakna, anda mempunyai pasaran yang lebih meluas iaitu pemilik haiwan peliharaan yang berpotensi untuk menjadi Penyewa anda!

Tetapi:

Ia datang dengan sebuah risiko yang besar.

Terdapat banyak benda yang Tuan Rumah perlu diambil kira sebelum menyewakan rumah sewa kepada pemilik haiwan.

Sebelum anda bersetuju untuk mengambil Penyewa yang memiliki haiwan peliharaan, pastikan anda melakukan langkah proaktif bagi memudahkan pengurusan haiwan peliharaan dalam rumah sewa anda pada masa akan datang.

Pertama sekali, anda sebagai Tuan Rumah perlu bertanyakan beberapa soalan:

1. Adakah haiwan peliharaan dibenarkan di dalam rumah sewa?

Sebelum anda mula untuk mempertimbangkan patutkah anda membenarkan rumah  yang ingin disewakan kepada pemilik haiwan peliharaan, anda harus menyemak terlebih dahulu adakah haiwan peliharaan dibenarkan dalam rumah sewa itu.

Terdapat pengurusan apartmen yang tidak membenarkan penghuninya memiliki haiwan peliharaan di dalam apartmen, dan ada juga yang mengehadkan pergerakan haiwan peliharaan hanya di dalam rumah sahaja.

Walaubagaimanapun, bangunan seperti apartmen atau lain-lain bangunan perumahan jenis high-rise merupakan hartanah yang bertaraf Hak milik Strata.

Peraturan yang ditetapkan pada unit berstatus Strata ini lebih bersifat komprehensif disebabkan perkongsian kemudahan oleh pemilik-pemilik rumah yang lain seperti kolam renang, taman permainan dan tempat letak kereta.

Di bawah Undang-Undang Kecil 14 dalam Jadual Ketiga Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaraan & Pengurusan) 2015, ia menyatakan bahawa:

Bela Haiwan Peliharaan Dalam Rumah Sewa1

Di dalam Klausa 14 seperti di atas, ia tidak menyatakan dengan jelas sama ada haiwan peliharaan dibenarkan atau tidak dalam unit yang berstatus Strata.

Sebaliknya, hanya untuk 3 situasi di bawah ni di mana haiwan peliharaan tidak dibenarkan:

  • Haiwan peliharaan menyebabkan kebimbangan dan gangguan kepada residen lain.
  • Berbahaya untuk keselamatan dan kesihatan residen lain.
  • Melanggar peraturan dan undang-undang pihak berkuasa negeri atau tempatan.

Apapun, pastikan anda semak peraturan haiwan peliharaan sedia ada dengan badan pengurusan rumah sewa anda.

2.Apa itu haiwan peliharaan?

Haiwan peliharaan memberi definisi yang sangat luas dan setiap orang mempunyai tafsiran berbeza.

Sewanify Article31

Ada yang menganggap kucing itu adalah haiwan peliharaan. Ada juga yang menganggap kambing juga sebagai haiwan peliharaan.

Namun, ada perlu ingat:

Kucing dan kambing adalah dua haiwan yang berbeza dan masing-masing mendatangkan mudaratnya yang tersendiri.

Oleh itu, semak dahulu jenis haiwan peliharaan dan bilangannya.

Sebagai contoh lain, seekor kucing tua yang kurang aktif tidak akan menyebabkan sebarang masalah berbanding anak kucing yang masih lagi aktif.

3. Adakah anda mampu mendapatkan rujukan daripada Tuan Rumah sebelum ini?

Salah satu cara untuk menentukan bagaimana perlakuan Penyewa dalam rumah sewa adalah dengan mendapatkan rujukan daripada Tuan Rumah lama.

Jika anda mampu, semak jika terdapat laporan gangguan haiwan peliharaan tersebut dari Tuan Rumah atau jiran-jiran rumah sewa mereka sebelum ini.

Tanyakan kepada mereka apakah isu-isu yang biasa mereka hadapi apabila Penyewa tersebut tinggal di dalam rumah sewa bersama haiwan peliharaan.

Ini akan memberi anda idea apakah yang anda bakal hadapi kelak.

Lantas, memastikan Penyewa baru anda patuh dengan peraturan haiwan peliharaan yang anda tetapkan.

4. Adakah rumah yang ingin disewakan lengkap dengan perabot atau sebuah unit yang kosong?

Jika rumah yang ingin disewakan disertakan dengan kelengkapan, harus diingat bahawa bau haiwan peliharaan akan berpotensi untuk melekat pada perabot anda.

Pastikan Penyewa sedar adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membersihkan segala perabot di dalam rumah seperti sofa, langsir, karpet, dsb selepas tamat menyewa.

Unit yang kosong tidak mempunyai risiko untuk masalah bau tetapi jaga-jaga dengan kerosakan lain retak atau kesan calar pada dinding dan lantai.

5. Meminta deposit yang lebih tinggi.

Anda harus meletakkan deposit yang lebih tinggi bagi melindungi risiko dengan membenarkan pemilik haiwan peliharaan menyewa.

Deposit ini hanya akan digunakan jika terdapat sebarang kerosakan akibat haiwan peliharaan tersebut.

Jadi pastikan anda meletakkan syarat yang jelas dan kos berkaitan kerosakan yang disebabkan haiwan peliharaan dalam perjanjian sewa rumah supaya kos tersebut boleh ditolak daripada deposit.

Anda juga harus menjelaskan dengan terperinci tanggungjawab Penyewa untuk membersihkan rumah yang disewakan secara profesional jika ditamatkan Penyewaan.

6. Inventori yang terkini.

Inventori akan digunakan untuk melihat keadaan secara terperinci pada mula rumah disewakan.

Dalam sebuah Surat Perjanjian Sewa Rumah seperti yang kami sediakan, anda harus pastikan mempunyai senarai inventori bersama keadaan inventori tersebut sebelum sewaan bermula.

Oleh itu, adalah penting untuk Penyewa bersetuju dengan keadaan rumah yang dinyatakan di dalam senarai inventori sebelum Penyewa memulakan Penyewaan.

Dengan cara ini, anda boleh melindungi harta milik dan mempunyai bukti sebelum membenarkan haiwan peliharaan masuk.

Setelah anda selesai menjawab segala persoalan di atas, kini tiba masa untuk anda membuat keputusan sama ada ingin mengambil Penyewa dengan haiwan peliharaan atau tidak.

Adakah anda patut ambil Penyewa dengan haiwan peliharaan?

Jika anda sebagai Tuan Rumah, berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan untuk membantu anda membuat keputusan.

Kami juga memberikan anda beberapa tips untuk anda membuat keputusan lebih baik.

Kelebihan

Menyewakan rumah kepada Penyewa yang mempunyai haiwan peliharaan boleh meningkatkan potensi rumah anda untuk disewa.

Sewanify Article61

Hal ini boleh memastikan rumah sewa anda sentiasa berpenghuni kerana ramai pemilik haiwan peliharaan adalah seorang yang bertanggungjawab sekali gus menjadikan mereka sebagai Penyewa jangka masa panjang yang berkualiti.

Ingat:

Daripada anda menolak semua pemilik haiwan peliharaan sebagai Penyewa, adalah lebih baik anda menyediakan peraturan yang adil, jelas dan mudah untuk difahami oleh mereka.

Berikut adalah antara kelebihan yang anda dapat apabila membuka peluang kepada pemilik haiwan peliharaan untuk menyewa daripada anda:

Kelebihan #1 – Pasaran yang lebih luas: Dengan membenarkan haiwan peliharaan dalam rumah yang ingin disewakan, anda membuka pintu yang luas untuk ramai Penyewa yang berpotensi.

Disebabkan tidak semua pemilik rumah sewa dalam pasaran menerima Penyewa yang memiliki haiwan peliharaan, rumah anda sudah pasti mempunyai permintaan yang tinggi.

Kelebihan #2 – Penyewaan jangka masa panjang: Penyewa yang memiliki haiwan peliharaan tahu bahawa bukan senang untuk mencari rumah yang bersesuaian dengan keadaan mereka.

Hal ini bermakna Penyewa anda berpotensi akan tinggal lebih lama di dalam rumah yang anda sewakan.

Maka, anda tidak perlu risau dan pening untuk mencari Penyewa yang baru.

Kelebihan #3 – Harga Sewa Lebih Tinggi: Anda boleh tingkatkan harga sewa rumah anda sebagai pampasan untuk risiko mengambil Penyewa yang memiliki haiwan peliharaan.

Kami sarankan anda untuk menaikkan sejumlah kecil harga sewa untuk anda melindungi rumah sewa anda daripada sebarang kerosakan pada masa akan datang.

Sebagai contoh, kenaikan harga sewa rumah daripada RM1,600 kepada RM1,700 sebulan adalah suatu langkah yang berpatutan.

Perkara ini bukanlah suatu kenaikan yang mendadak kerana akan membantu jika berlaku sebarang kerja-kerja pembersihan/pembaikan yang perlu dibuat selepas tamat tempoh sewa.

Kelebihan #4 – Deposit Lebih tinggi: Haiwan peliharaan mampu membuat kerosakan pada rumah yang ingin disewakan.

Hal ini sebenarnya biasa terjadi jika rumah itu dilengkapi dengan perabot.

Kami menyarankan anda untuk meningkatkan deposit bagi melindungi kos tambahan yang disebabkan oleh kehadiran haiwan peliharaan.

Namun, sebagai Tuan Rumah yang bertanggungjawab, pastikan anda hanya menggunakan deposit haiwan tersebut hanya untuk kerosakan yang dilakukan oleh haiwan sahaja dan bukan sebab yang lain.

Kelebihan #5 – Permulaan yang Baik: Seperti yang kita bincangkan tadi, memberi sewa kepada pemilik haiwan peliharaan adalah sesuatu yang jarang sekali kita dapat lihat.

Dengan membenarkan Penyewa yang memiliki haiwan peliharaan menyewa, anda dilihat sebagai Tuan Rumah yang bertoleransi dan baik.

Hal ini membuatkan (walaupun bukan selalu) Penyewa untuk lebih menghormati anda.

Kelebihan #6 – Penyewa yang Lebih Tenang: Penyewa yang memiliki haiwan peliharaan bersifat lebih tenang dan ceria dengan kehidupan mereka dengan kehadiran haiwan peliharaan.

Mereka juga akan bersifat lebih bertanggungjawab untuk menjaga haiwan peliharaan mereka.

Sifat tanggungjawab ini secara tidak langsung dipindahkan juga ke dalam sifat tanggungjawab dalam menjaga rumah sewa tersebut.

Disebabkan kekurangan Tuan Rumah yang membenarkan pemilik haiwan peliharaan menyewa, mereka pasti tidak akan melakukan perkara yang merisikokan Penyewaan mereka.

Kelebihan #7 – Mengurangkan Tempoh Kekosongan Rumah: Rumah yang membenarkan haiwan peliharaan tinggal bersama lebih cepat disewa daripada rumah yang tidak mengizinkan haiwan peliharaan.

Hal ini akan mengurangkan tempoh kekosongan rumah, seterusnya mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Tuan Rumah.

Kekurangan

Soalan Cepumas:

Walaupun dengan semua kelebihan di atas, kenapa masih terdapat Tuan Rumah yang ragu-ragu untuk membenarkan pemilik haiwan peliharaan menyewa rumah mereka?

Tambahan, walaupun 47% daripada jumlah isi rumah memiliki haiwan peliharaan, hanya 5% daripada Tuan Rumah di Malaysia menerima Penyewa yang mempunyai haiwan peliharaan.

Apakah makna peratusan ini kepada anda? Kenapa ramai Tuan Rumah yang masih takut untuk menyewakan kepada Penyewa yang memiliki haiwan peliharaan?

Berikut adalah beberapa cabaran yang biasa Tuan Rumah hadapi:

Kekurangan #1 – Kerosakan: Haiwan peliharaan sudah diketahui umum akan menyebabkan kerosakan pada rumah yang disewakan.

Walaupun anda boleh menuntut deposit, namun Tuan Rumah sudah tentu akan berasa terbeban untuk memperbetulkan keadaan.

Kekurangan #2 – Bau yang Tidak Menyenangkan: Haiwan peliharaan diketahui umum mempunyai bau secara semulajadi walaupun sudah dijaga dengan baik.

Bau-bau ini agar sukar untuk diubah dan boleh menyebabkan rasa kurang senang pada Penyewa rumah yang seterusnya.

Kekurangan #3 – Bulu: Bulu haiwan sukar untuk dibuang dari kain sofa dan karpet.

Malah, bulu mereka sangat mudah untuk tercabut daripada badan mereka yang menyebabkan banyak bulu-bulu yang bertebaran di atas lantai.

Kekurangan #4 – Pembersihan Tambahan: Rumah sewa yang membenarkan haiwan peliharaan perlu dicuci dengan lebih terperinci selepas dikosongkan.

Hal ini bukan sahaja menelan perbelanjaan yang tinggi namun mengambil masa yang lebih lama.

Kekurangan #5 – Alahan: Penyewa baru yang mempunyai alahan terhadap haiwan peliharaan akan menyebabkan menjatuhkan potensi rumah sewa anda.

Penyewa yang mempunyai alahan dapat kesan penyebab alahan tersebut sebaik sahaja mereka merasainya.

Dan apabila mereka masuk ke rumah sewa anda dan terus mereka terbesin, adakah anda yakin mereka akan tertarik untuk menyewa dengan anda?

Kita akan bincang lagi mengenai bagaimana anda boleh mengatasi alahan haiwan peliharaan di hujung artikel ini.

Kekurangan #6 – Perbuatan Agresif: Jika anda membenarkan Penyewa memiliki haiwan peliharaan yang agresif, anda akan mengalami kesukaran untuk menguruskannya nanti.

Agresif di sini bermakna haiwan peliharaan yang bertindak untuk mematuk atau menyerang orang yang tidak dikenali sebagai contoh seperti kucing, angsa, ayam, kambing, hamster dan lain-lain.

Hal ini bukan sahaja membahayakan jiran tetangga malah ia bakal menyukarkan anda apabila ingin membuat pemeriksaan rumah nanti.

Kekurangan #7 – Zoo Baru: Kita sering mendengar kisah menakutkan dari Tuan Rumah yang membenarkan Penyewa yang mempunyai haiwan peliharaan.

Mereka seterusnya mengumpul haiwan dalam rumah yang disewakan seperti dalam zoo.

Apabila bilangan haiwan peliharaan bertambah, maka potensi untuk rumah sewa anda rosak disebabkan haiwan peliharaan juga bertambah.

Jadi, untuk kes ini, pastikan anda meletak peraturan tentang bilangan haiwan peliharaan yang dibenarkan sahaja untuk rumah sewa anda.

Konklusinya:

Jika anda membenarkan haiwan peliharaan ke dalam rumah sewa anda, pastikan anda lakukan 4 perkara ini:

  • Tahu jenis dan perbezaan haiwan peliharaan yang ada. Setiap haiwan mempunyai fizikal dan keperluan emosi yang berlainan.
  • Membuat keputusan dengan jelas jenis haiwan peliharaan yang anda benarkan.
  • Mempunyai peraturan yang jelas tempat haiwan peliharaan dibenarkan dalam rumah sewa anda. Perkara ini akan membantu Penyewa lain berkenaan kehadiran haiwan peliharaan.
  • Pastikan Penyewa/pemilik haiwan peliharaan bertanggungjawab dan memenuhi keperluan haiwan peliharaan mereka.

Kini anda sudah tahu kebaikan dan keburukan dalam memiliki Penyewa yang membela haiwan peliharaan.

Meskipun kami senaraikan kekurangan lebih banyak berbanding kelebihannya, tidak bermakna kekurangan tersebut mengatasi manfaat kelebihan yang anda bakal peroleh.

Anda hanya perlu menilai satu per satu supaya anda sendiri sebagai Tuan Rumah bersedia untuk menggalas tanggungjawab dalam memastikan Penyewa kekal mematuhi peraturan yang anda tetapkan.

Sekiranya anda memilih untuk mengambil mereka yang mempunyai haiwan peliharaan:

Jom kita lihat apakah panduan yang anda boleh gunakan demi mengekalkan kualiti rumah sewa anda walaupun Penyewa memiliki haiwan peliharaan.

Panduan Menerima Haiwan Peliharaan

Penyewa yang mempunyai haiwan peliharaan perlu dibimbing supaya mereka mengikuti peraturan yang anda tetapkan.

Berikut adalah sebahagian panduan yang anda boleh praktikkan dalam pengambilan Penyewa yang memiliki haiwan peliharaan:

Pertimbangkan Jenis Haiwan Peliharaan

Mempertimbangkan semua jenis haiwan peliharaan yang ada dan pilih yang anda benarkan ke dalam rumah sewa anda (contoh: kucing, hamster, jenis akuarium yang mempunyai ikan/kura-kura).

Anda boleh lawat kedai haiwan peliharaan untuk melihat jenis haiwan peliharaan yang ada.

Berhubung dengan bakal Penyewa untuk mengetahui jenis haiwan peliharaan mereka sebelum membuat keputusan.

Setiap haiwan peliharaan adalah berbeza jadi anda harus membuat keputusan mengikut keperluan dan kes semasa.

Surat Bertulis Daripada Tuan Rumah Lama Atau Doktor Veterinar

Anda boleh meminta dengan bakal Penyewa untuk memberikan surat bertulis daripada Tuan Rumah lama atau dari doktor veterinar berkenaan haiwan peliharaan mereka. 

Sewanify Article41

Dengan cara ini, anda boleh mengetahui adakah bakal Penyewa itu adalah bertanggungjawab dan jika haiwan peliharaan itu berkelakuan baik.

Polisi Haiwan

Masukkan sekali polisi haiwan peliharaan dalam standard perjanjian sewa rumah berkenaan haiwan peliharaan.

Permit Penjagaan

Jika perlu, minta dengan bakal Penyewa untuk menyediakan bukti lesen atau permit haiwan peliharaan mereka.

Deposit

Minta deposit sekuriti haiwan peliharaan jika anda prihatin berkenaan kerosakan yang dibuat oleh haiwan peliharaan.

Had Bilangan Haiwan

Mengehadkan bilangan haiwan peliharaan yang dibenarkan dalam sesebuah unit. Hubungi Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen anda untuk pengesahan.

Senarai Semakan Haiwan Peliharaan

Membuat keputusan untuk menerima jenis haiwan peliharaan bukan bermakna anda harus menerima haiwan peliharaan itu.

Anda harus mempertimbangkan setiap Penyewa dan haiwan peliharaan mereka sebelum menandatangani perjanjian sewa rumah dengan mereka.

Sebelum anda menerima pemilik haiwan peliharaan sebagai Penyewa, anda harus mencari maklumat berkenaan bakal Penyewa tersebut dan haiwan peliharaannya.

Berikut adalah senarai semakan untuk beberapa jenis soalan yang anda boleh tanya kepada bakal Penyewa:

o   Apakah jenis dan bilangan haiwan peliharaan yang anda ada?

o   Sudah berapa lama anda mempunyai haiwan peliharaan?

o   Bolehkah anda menyediakan rujukan berkenaan haiwan peliharaan daripada Tuan Rumah lama atau doktor veterinar?

o   Adakah haiwan peliharaan anda sudah divaksinkan dan diberi ubat kutu dan cacing (jika berkenaan)?

o   Adakah anda mempunyai sesiapa yang boleh menjaga haiwan peliharaan jika berlaku kecemasan?

o   Adakah anda mempunyai sesiapa yang boleh menjaga haiwan peliharaan ketika anda tiada atau bercuti?

o   Adakah haiwan peliharaan anda sudah dimandulkan?

o   Adakah kucing anda dilatih untuk menggunakan bekas najis?

Meminta Rujukan Haiwan Peliharaan

Anda harus minta bakal Penyewa anda dapatkan surat bertulis daripada Tuan Rumah lama atau doktor veterinar berkenaan penjagaan haiwan peliharaan mereka.

Sewanify Article51

Sekiranya ada, rujukan daripada Tuan Rumah lama perlu mempunyai soalan berikut:

  • Berapa lama Penyewa tinggal di unit yang disewakan?
  • Haiwan peliharaan apakah yang Penyewa ada ketika itu?
  • Adakah Tuan Rumah lama merasakan Penyewa adalah pemilik haiwan peliharaan yang bertanggungjawab?
  • Adakah haiwan peliharaan berkenaan berkelakuan baik terhadap harta milik Tuan Rumah?
  • Adakah haiwan peliharaan berkenaan merosakkan sebarang harta milik Tuan Rumah?
  • Adakah haiwan peliharaan Penyewa pernah mengganggu Penyewa lain atau jiran-jiran tetangga?

Rujukan daripada doktor veterinar perlu menjawab soalan berikut:

  • Adakah haiwan peliharaan milik Penyewa berkelakuan baik?
  • Adakah doktor veterinar merasakan Penyewa itu adalah pemilik haiwan peliharaan yang bertanggungjawab?
  • Adakah Penyewa tersebut menyediakan rutin penjagaan kesihatan untuk haiwan peliharaannya (contoh: vaksin, rawatan kutu)?

Peraturan Penjagaan Haiwan Peliharaan Dalam Rumah Sewa

Peraturan rumah sewa anda haruslah menjelaskan sama ada Penyewa dibenarkan atau tidak membawa haiwan peliharaan ke dalam unit rumah sewa anda.

Jika anda membenarkan Penyewa membawa masuk haiwan peliharaan, anda harus meletakkan garis panduan dan peraturan yang harus dipatuhi oleh Penyewa:

  • Penyewa bersetuju untuk mematuhi semua syarat yang ditetapkan dibawah tanggungjawab Penyewa dalam perjanjian sewa rumah.
  • Dengan menandatangani perjanjian tersebut, Penyewa akan membayar deposit sekuriti haiwan peliharaan untuk menampung kos kerosakan oleh haiwan peliharaan.
  • Penyewa hendaklah mengisi maklumat borang secara asing daripada haiwan peliharaan termasuk butiran berkenaan amalan veterinar dan meletakkan nama waris terdekat untuk menjaga haiwan berkenaan jika berlaku sebarang kecemasan.
  • Penyewa bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaannya berdasarkan Akta Kebajikan Haiwan 2015. Jika Tuan Rumah mendapati haiwan peliharaan tersebut terabai, mereka boleh melaporkan kepada organisasi kebajikan haiwan.
  • Penyewa hendaklah membersihkan dengan profesional rumah sewa sebelum keluar dan memastikan karpet dibersihkan sebaiknya dan bebas daripada kutu dan hama.
  • Penyewa bertanggungjawab memastikan semua tempat bersih dan bebas daripada parasit seperti kutu.
  • Penyewa hendaklah memastikan haiwan peliharaan tidak mengganggu jiran tetangga dan mengeluarkan bunyi bising.
  • Haiwan peliharaan tidak dibenarkan mengotorkan dalam rumah yang disewakan kecuali yang berada didalam sangkar dan dilatih menggunakan bekas najis. Sebarang najis haiwan peliharaan hendaklah dibuang segera dari taman atau kawasan luar dan dihapuskan dengan selamat serta bersih.
  • Penyewa tidak dibenarkan membiak atau menjual haiwan ketika berada dalam rumah sewa.
  • Penyewa yang ingin memiliki haiwan peliharaan lain selepas masuk ke dalam rumah sewa hendaklah memohon terlebih dahulu secara bertulis kepada Tuan Rumah.

Mengambil deposit sekuriti haiwan peliharaan

Jika anda membenarkan Penyewa yang memiliki haiwan peliharaan di dalam rumah sewa anda, anda harus:

  • Mengambil deposit sekuriti haiwan peliharaan haiwan peliharaan daripada Penyewa anda.
  • Anda tidak boleh menaikkan harga deposit untuk Penyewa yang sedang menyewa dan telah membayar deposit sekuriti haiwan peliharaan haiwan peliharaan.
  • Anda hanya boleh mengumpul satu sahaja deposit sekuriti haiwan peliharaan tanpa perlu mengambil kira bilangan haiwan yang dimiliki Penyewa.
  • Apabila anda mengumpul deposit sekuriti haiwan peliharaan, anda perlu memberi resit yang berbeza dengan deposit sekuriti rumah sewa.
  • Pastikan anda mengambil gambar inventori dan letakkan di dalam surat perjanjian sewa rumah anda sebelum sewaan bermula. Ini bagi memastikan Penyewa memulangkan dalam keadaan yang sama meskipun mempunyai haiwan peliharaan di dalam rumah sewa tersebut.

Memulangkan Wang Deposit Sekuriti Haiwan Peliharaan

Jika anda ada meminta deposit haiwan peliharaan, anda mestilah:

  • Menyimpan deposit tersebut sepanjang tempoh Penyewaan, sama ada haiwan peliharaan mati atau diberi kepada orang lain.
  • Mempunyai masa selama 14 hari untuk memulangkan deposit jika sudah tamat Penyewaan.
  • Membuat tuntutan deposit untuk menanggung kos membaik pulih jika berlaku kerosakan atau sekiranya kerja-kerja pembersihan rumah tambahan perlu dilakukan.
  • Mempunyai tempoh selama 28 hari untuk memberi notis kepada Penyewa berkenaan tuntutan tersebut

Soalan Lazim

Apa yang patut saya lakukan berkenaan haiwan liar?

Jika haiwan peliharaan dalam rumah sewa mengganggu jiran-jiran, perkara pertama yang anda patut buat adalah meminta dengan Penyewa untuk mencari punca masalah terlebih dahulu.

Sebagai contoh, untuk kucing, kadang-kadang punca kenapa kucing selalu mengganggu rumah jiran adalah pemilik haiwan tidak memberi mereka makan yang cukup. Maka di sini, Penyewa anda perlu dipertanggungjawabkan untuk memastikan mereka menjaga kebajikan haiwan peliharaan mereka.

Jika anda sudah menghubungi Penyewa dan tiada langkah penyelesaian yang dilakukan, sediakan surat amaran bertulis mengatakan jika masalah ini masih berterusan, mereka harus menyingkirkan haiwan peliharaan itu atau Penyewa harus keluar dari rumah yang disewakan. Notis 30 hari adalah terpakai sekiranya anda meminta Penyewa keluar dari rumah sewa anda.

Apa yang patut saya lakukan berkenaan bau haiwan peliharaan?

Penyewa hendaklah membersihkan sangkar sehingga tiada bau yang ditinggalkan oleh haiwan peliharaan.

Anda harus nasihatkan Penyewa anda untuk memastikan setiap haiwan peliharaan mereka menggunakan bekas najis yang disediakan supaya najis mereka tidak bersepah di merata tempat.

Anda juga boleh pasang bekas sampah khusus untuk meletakkan sisa najis haiwan peliharaan dan menyatakan kepada Penyewa tempat yang sesuai untuk membuang sisa najis tersebut.

Setelah segala pembersihan dilakukan, anda boleh tambah deodorizer untuk membantu mengurangkan bau di dalam rumah sewa tersebut.

Kemudian, buka tingkap bagi memudahkan penukaran udara.

Alahan Haiwan Peliharaan

Anda atau Penyewa anda mempunyai alahan dengan haiwan peliharaan? Lakukan 5 perkara ini:

  1. Menukar jenis lantai kepada linoleum, seramik atau lantai yang kukuh, tertutup dan senang dibasuh.
  2. Menggunakan minyak atau cat akrilik pada dinding. Elakkan menggunakan kertas dinding, gabus atau bahan yang menyerap air.
  3. Sediakan bekas sampah yang tertutup untuk najis haiwan peliharaan bagi mengurangkan bau dan risiko najis (kucing terutamanya) terkena pada orang lain.
  4. Pastikan rumah berada pada kelembapan yang optimum bagi mengelakkan  ketumbuhan kulat khususnya bagi Penyewa yang memiliki akuarium dalam rumahnya.
  5. Sentiasa cuci lantai, kipas dan mana-mana bahagian yang memerangkap habuk/bulu haiwan peliharaan supaya Penyewa baru berasa selesa untuk duduk di rumah sewa tersebut tanpa risau terhadap alahan yang mereka ada.

Kesimpulan

Daripada segala yang kami bincangkan ini, jika anda masih ragu-ragu sama ada mahu membenarkan haiwan peliharaan atau tidak, kami sarankan untuk anda mencubanya walaupun sekali.

Sudah tentu menyewakan rumah sewa kepada pemilik haiwan mempunyai risiko. Tetapi pelaburan manakah yang 100% bebas dari risiko?

Berdasarkan pandangan dan perbincangan yang kita telah lakukan, pemilik haiwan peliharaan adalah sebuah pasaran yang berpotensi tinggi. Sangat-sangat mustahil bagi seseorang sanggup tinggalkan haiwan peliharaan mereka semata-mata kerana Tuan Rumah tidak benarkan mereka masuk.

Namun, risiko yang anda ambil ini harus dikawal supaya hak anda sebagai Tuan Rumah sentiasa dilindungi. Membenarkan Penyewa menyimpan haiwan peliharaan di dalam rumah sewa membuka peluang pelaburan lebih besar untuk anda.

Dengan syarat:

Anda meletak peraturan dan panduan penjagaan haiwan peliharaan yang WAJIB Penyewa ikut di dalam surat perjanjian sewa rumah.

Sewanify menyediakan surat perjanjian sewa rumah yang lengkap dengan klausa haiwan peliharaan dan pengambilan deposit daripada Penyewa. Memastikan anda tidak lagi perlu risau akan kerosakan atau bau yang ditinggalkan oleh haiwan peliharaan milik Penyewa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Anda Hadapi Masalah Untuk Download Semua Free Gift Sebelum Ni?

Berita baik! Anda kini boleh dapatkannya semula dengan menekan mana-mana butang di bawah untuk dapatkan eBook atau dokumen 100% Percuma daripada kami.

Kami ingin memohon maaf kerana anda mungkin mengalami masalah untuk download dokumen/ebook yang ingin anda dapatkan. Ini adalah kerana sistem emel kami mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat menghantar sebarang emel dalam masa yang tertentu.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Notis Keluar Rumah

Sewanify - 38 Perkara Wajib Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

38 Perkara Penyewa Bermasalah Takut Dengan Anda

Siri Video Pengurusan Rumah Sewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!