Penyewa Tak Bayar Sewa? 5 Perkara Wajib Tahu Tuntutan Deposit Sewa Rumah Untuk Membela Hak Anda

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Penyewa Tak Bayar Sewa? 5 Perkara Wajib Tahu Tuntutan Deposit Sewa Rumah Untuk Membela Hak Anda

Apa yang sebenarnya anda patut tahu tentang tuntutan deposit sewa rumah ini?

Jom kita lihat situasi di bawah.

Penyewa tak bayar duit sewa. Anda pun pening tidak tahu apa perlu dibuat. Adakah patut anda buat tuntutan melalui mahkamah?

Anda perlu membuat pertimbangan sama ada ianya berbaloi atau tidak untuk cuba menuntut kembali tunggakan sewa tersebut melalui proses perundangan.

Masa dan wang dilaburkan mungkin akan melebihi kos yang perlu ditanggung apabila melibatkan pihak guaman dan mahkamah.

Tetapi tahukah anda:

Anda boleh gunakan tuntutan deposit sewa rumah sebagai pampasan pada tunggakan sewa oleh penyewa anda?

Tetapi ia bukanlah semudah itu.

Malah, sekiranya anda bertindak untuk tidak memulangkan wang deposit tersebut dan menggunakannya untuk membayar duit sewa tertunggak, anda mungkin berhadapan dengan kesalahan dari segi undang-undang!

Nak tahu apakah jenis deposit yang anda boleh gunakan untuk rumah sewa anda? Baca lagi artikel kami di: Apa Maksud Deposit Sewa Rumah? — 5 Perkara Wajib Tahu Bagaimana Deposit Menjamin Keselamatan Anda

Untuk mengelak daripada terpaksa membayar sebarang kos melibatkan perundangan, tiba masanya untuk anda belajar kaedah yang betul untuk memanfaatkan tuntutan deposit sewa rumah dalam mendapatkan semula sewa yang tertunggak.

1. Perkara Dalam Tuntutan Deposit Sewa Rumah

Untuk memberi anda kefahaman apa yang anda boleh dan tidak boleh buat pada deposit sekuriti penyewa anda, anda harus memahami apakah sebenarnya kegunaan deposit sekuriti ini.

Kebiasaannya, Tuan Rumah akan mengambil deposit sekuriti supaya rumah sewa mereka terlindung daripada sebarang kerosakan disebabkan oleh penyewa.

Sekiranya penyewaan tersebut tidak mendatangkan sebarang masalah, deposit tersebut akan dipulangkan kepada penyewa pada akhir sewaan.

Namun, terdapat juga kes di mana rumah sewa tersebut mengalami kerosakan ataupun ditinggalkan dalam keadaan yang bukan seperti sebelum sewaan bermula. 

Dalam kes ini, tuan rumah dibenarkan untuk memotong deposit sewa rumah tersebut sebagai pampasan memperbetulkan keadaan seperti sedia kala.

Ingat:

Perjanjian sewa rumah anda harus menyatakan klausa ini untuk mengelak penyewa anda cuba untuk melawan tindakan anda tersebut!

Anda tidak tahu sama ada anda perlukan perjanjian sewa rumah ataupun tidak? Dapatkan jawapan di : Adakah Saya Perlukan Surat Perjanjian Sewa Rumah?

Terdapat beberapa kes di mana deposit boleh digunakan melainkan ia disebut di dalam perjanjian sewa rumah anda iaitu tetapi tidak terhad kepada:

  • Tunggakan sewa
  • Tunggakan bil
  • Kos pembaikan kerosakan disebabkan penyewa
  • Penamatan awal kontrak
  • Kos pembersihan rumah

Anda mungkin sudah boleh lihat, secara asasnya sekuriti deposit boleh untuk digunakan untuk membayar duit sewa rumah yang tertunggak ataupun kos-kos lain yang disebabkan oleh ketidak-prihatinan penyewa.

Untuk memastikan kedua-dua belah jelas dengan perkara ini, pastikan anda menyatakan hal berkaitan tuntutan deposit sewa rumah di dalam surat perjanjian.

2. Larangan Penggunaan Deposit

Seperti pelbagai kegunaan deposit sekuriti demi melindungi hak tuan rumah, ada juga sesetengah tuan rumah yang menyalahgunakan kelebihan ini untuk kepentingan peribadi mereka.

Artikel Berkaitan: Penyewa Keluar Tanpa Notis? 6 Langkah Yang Boleh Dilakukan Untuk Tuntut Semula Hak Anda

Meskipun anda tidak akan lakukan perkara sebegini, ada baiknya anda tahu perkara-perkara yang tidak digalakkan untuk anda lakukan dengan deposit sekuriti penyewa anda.

Secara amnya, deposit tidak digalakkan untuk digunakan sebagai:

  • Pembayaran duit sewa bulan akhir
  • Kos melibatkan pencukaian
  • Kos pembersihan ketika penyewa masih lagi dalam rumah sewa
  • Pembaikan pada kerosakan yang disebabkan dimamah usia
  • Kos-kos yang bukan disebabkan penyewa

Kebanyakan perkara-perkara ini tidak akan dilakukan oleh tuan rumah yang bersifat jujur dan amanah, tetapi ada juga tuan rumah di luar sana yang mengambil kesempatan atas penyewa yang naif.

Mereka mengganggap deposit rumah burn apabila penyewa melakukan sekecil-kecil perkara yang tuan rumah larang.

Elak daripada terjatuh ke dalam perangkap ini dengan memastikan terma mengenai tutntan deposit sewa rumah ditulis di dalam perjanjian.

3. Deposit Untuk Tunggakan Sewa

Sekarang, kita berbalik semula kepada soalan yang utama: 

Bolehkah Tuan Rumah memegang deposit untuk membayar tunggakan sewa?

Kita pun sudah sebut pada awal artikel ini, tetapi jawapan pendeknya adalah ‘ya’!

Anda boleh gunakan deposit sekuriti sebagai pampasan kepada anda sekiranya penyewa tidak membayar sewa seperti yang telah dipersetujui.

Sebab itulah kenapa digalakkan untuk anda mengambil dua bulan deposit sebelum penyewa masuk supaya ia boleh lindungi anda sekiranya penyewa tidak bayar sewa.

Sekiranya penyewa berhutang dengan anda semasa mereka keluar atau di’halau’ keluar, anda boleh tolak baki tunggakan sewa daripada deposit mereka.

Sekiranya penyewa berhutang lebih banyak daripada deposit sekuriti mereka, maka anda mempunyai hak untuk menghalau mereka sebelum tempoh tamat sewa atau membuat tuntutan kecil melalui pihak mahkamah.

4. Lindung Diri Anda

Untuk melindungi diri anda dan elak perkara sebegini berlaku, ia adalah sangat digalakkan untuk anda nyatakan secara jelas apakah kegunaan deposit sekuriti ini di dalam perjanjian sewa rumah anda.

Pastikan penyewa anda faham apa yang mereka tidak boleh buat supaya mereka boleh dapatkan semula wang deposit mereka pada akhir sewaan.

5. Deposit Bukan Untuk Pembayaran Akhir Sewa

Kebanyakan tuan rumah di Malaysia melakukan kesilapan apabila menggunakan deposit sebagai bayaran sewa bulan akhir sebelum mereka keluar.

Mengapa kami katakan ia adalah suatu kesilapan;

Penyewa akan keluar tanpa sebarang liabiliti pastikan mereka kekal menjaga rumah sewa anda.

Kerosakan atau kecacatan akibat penyewa menduduki rumah sewa tersebut selama setahun atau lebih hanya akan anda lihat sebaik sahaja penyewa tersebut ingin keluar.

Sekiranya wang deposit sudah habis digunakan untuk membayar duit sewa rumah bulan terakhir, apakah pampasan untuk anda sekiranya anda menjumpai kerosakan-kerosakan tersebut.

9/10 penyewa akan cuba untuk melarikan diri daripada menanggung segala kerosakan tersebut. Anda sudah tidak memegang deposit mereka. Mereka pula tidak lagi berhutang dengan anda. Maka secara rasminya, sewaan tersebut telah tamat.

Maka, untuk elak kerugian seperti ini berlaku, pastikan anda memegang deposit mereka sehingga hari terakhir sebelum mereka keluar. Ini bagi memastikan hak anda kekal terlindung sehingga tamat tempoh sewaan tersebut.

Konklusi

Deposit sekuriti adalah sebuah insuran antara anda dengan penyewa anda supaya mereka mengekalkan rumah sewa anda pada keadaan yang baik.

Secara amnya, anda boleh gunakan deposit sekuriti untuk melangsaikan tunggakan sewa oleh penyewa.

Deposit adalah sebuah amanah yang diberikan oleh penyewa sebagai ganti untuk mereka kekal berdisiplin dalam menyewa bersama anda.

Penyalahgunaan deposit bukan sahaja salah dari sisi undang-undang, tetapi ia adalah suatu tindakan yang melampaui hak asasi penyewa tersebut. 

Penyewa perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sistem deposit yang anda gunakan supaya kedua-dua belah pihak faham akan kepentingannya. Tidak cukup dengan itu, pastikan anda memasuki terma pelaksanaan deposit ke dalam perjanjian sewa rumah anda. Ini memudahkan anda untuk menuntut hak anda semula sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak anda ingini.

Surat Perjanjian Sewa Rumah 100% Lengkap

Tidak yakin untuk anda sediakan Surat Perjanjian Sewa Rumah anda sendiri? Kami di Sewanify menyediakan contoh perjanjian sewa rumah yang lengkap dan sesuai untuk anda gunakan dengan penyewa anda. 

Bukan sahaja ia mempunyai terma & syarat berkaitan deposit, malah ia memastikan penyewa kekal berdisiplin dalam membayar sewa tepat pada masanya setiap bulan dan mengekalkan kebersihan dan kekemasan rumah sewa anda!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Anda Hadapi Masalah Untuk Download Semua Free Gift Sebelum Ni?

Berita baik! Anda kini boleh dapatkannya semula dengan menekan mana-mana butang di bawah untuk dapatkan eBook atau dokumen 100% Percuma daripada kami.

Kami ingin memohon maaf kerana anda mungkin mengalami masalah untuk download dokumen/ebook yang ingin anda dapatkan. Ini adalah kerana sistem emel kami mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat menghantar sebarang emel dalam masa yang tertentu.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Notis Keluar Rumah

Sewanify - 38 Perkara Wajib Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

38 Perkara Penyewa Bermasalah Takut Dengan Anda

Siri Video Pengurusan Rumah Sewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!