Pembaharuan Perjanjian Sewa Rumah – Adakah Deposit Perlu Dikembalikan?
Di dalam kes pembaharuan perjanjian sewa rumah, kami menerima pelbagai soalan berkaitan dengan persoalan sama ada deposit perlu dikembalikan ataupun tidak sekiranya penyewa ingin perbaharui perjanjian sewa rumah.
Deposit sekuriti sebuah cagaran yang dibuat oleh penyewa kepada pemilik rumah bagi melindungi kepentingan pemilik rumah. Ia memastikan penyewa kekal berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang penyewa.
Namun, apabila tamatnya tempoh sesebuah perjanjian sewa rumah, tanggungjawab sebagai penyewa anda juga akan selesai.
Jadi..
Sebagai tuan rumah, anda perlu kembalikan wang deposit kepada mereka semula kerana mereka sudah terlepas dari tanggungjawab mereka.
Tetapi, apa jadi kalau Penyewa mahu sambung kontrak tersebut?
Sebuah perjanjian sewa rumah termeterai apabila pihak pemilik rumah dan penyewa menandatangani pada dokumen yang mengandungi kadar sewaan, pihak yang terlibat dan tempoh sewaan.
Maka, apabila tamatnya tempoh sewaan tersebut, kontrak itu secara automatiknya akan terbatal.
Di dalam kes pembaharuan perjanjian sewa rumah, perlu wujud kontrak yang baru beserta tarikh mula dan akhir yang baru.
Bergantung pada apa yang dinyatakan pada perjanjian yang sebelumnya, kebiasaannya deposit boleh terus dibawa ke perjanjian yang seterusnya tanpa perlu memulangkan kepada penyewa. Paling penting adalah kedua-dua belah pihak iaitu pemilik rumah dan penyewa bersetuju untuk melakukan transaksi tersebut.
Rasionalnya?
Ia menjimatkan masa dan mengurangkan kerumitan dalam menguruskan hal berkaitan deposit.
Bagaimana anda boleh laksanakan pembaharuan perjanjian sewa rumah?
Sebaiknya adalah memperbaharui satu bulan sebelum tamatnya kontrak yang lama.
Ini bagi memastikan, secara perundangannya, wang deposit itu tidak berada pada status ‘kosong’ atau vacant akibat tiada kontrak yang memegangnya.
Walaubagaimanapun, wang deposit tersebut masih lagi terikat pada perjanjian yang lama sehinggalah tarikh tamat tempoh perjanjian tersebut dan bermulanya perjanjian yang baharu.
Apa jadi sekiranya tuan rumah ingin tuntut deposit tersebut meskipun sudah perbaharui kontrak?
Sekiranya terdapat sebarang tuntutan deposit (kerana berlaku sebarang kerosakan ataupun pelanggaran kontrak) yang dibuat oleh tuan rumah sebelum tamatnya tempoh sewaan perjanjian yang lama, maka tuan rumah berhak untuk memotong sebahagian atau seluruh deposit tersebut.
Di dalam kes ini pula, deposit yang baharu perlu dibuat pada perjanjian yang baharu kerana nilainya sudah berubah dan tidak sama dengan perjanjian yang baharu (sekiranya deposit yang ditentukan/dipersetujui adalah sama pada kedua-dua perjanjian yang lama & baru).
Konklusi
Isu deposit dalam pembaharuan perjanjian sewa rumah tidaklah serumit seperti yang ramai pemilik rumah sangkakan. Apa yang penting adalah bagi memastikan ketelusan atau transparency wang deposit itu berada pada kadar yang jelas.
Seperti yang kami cakap, ia tidak boleh berada di awangan tanpa ada pegangan (kontrak) padanya.
Jadi, secara amnya, kami nasihatkan kepada tuan rumah di luar sana agar sekiranya ingin perbaharui kontrak, pastikan anda membuat persiapan sebulan awal.
Semak segala bil dan sewa yang tertunggak, atau segala kerosakan (sekiranya perlu) supaya penolakan deposit dapat dibuat sebelum masuk ke perjanjian sewa rumah yang baru.
Anda ada soalan berkaitan penyewaan? Hubungi kami melalui Facebook kami di m.me/sewanify.com.
18 thoughts on “Pembaharuan Perjanjian Sewa Rumah – Adakah Deposit Perlu Dikembalikan?”
adakah setiap kali sambung aggrement sewa rumah kena bayar..contohnye setiap 2 tahun perbaharui aggrement mesti kena bayar rm300..
Hi, tidak perlu ya. Sekiranya perjanjian disambungkan, maka deposit boleh dibawa ke tahun seterusnya. Namun, kami galakkan untuk tuan rumah melakukan pemeriksaan akhir tahun bagi menyemak sebarang kerosakan/kehilangan yang berlaku SEBELUM memasuki tahun ke-2 perjanjian. Ini membolehkan cik menolak wang deposit pada perjanjian sebelumnya dan mengambil deposit baru untuk perjanjian yang seterusnya.
Adakah ambil deposit baru jika rumah yg d in beli sambung perjanjian dgn owner baru
Bergantung pada situasi, kebanyakannya tidak perlu sekiranya jumlah deposit adalah sama. Akan tetapi, perjanjian harus ditukar dan diperbaharui dengan nama owner yang baru.
Haii .. nk tnya .. kami sewa rumah ramai dgn kawan .. bulan 7 ni akan habis contract, tapi kawan yg lain nak sambung contract, kecuali saya seorang .. saya mengalami masalah berkenaan isu wang deposit .. kalau diikutkan, contract yg mengikat saya dah hbis, dan saya berhak mendapatkan wang deposit tersebut .. tetapi rakan serumah bertegas wang deposit itu tidak akan dipulangkan sehingga semua kawan serumah saya menamatkan contract .. macam mana ya?
Hii, adakah perjanjian diadakan secara berasingan atau diikat di dalam satu contract?
Jika semua orang dalam rumah tersebut berada di bawah satu contract, maka wang deposit tidak boleh dipulangkan oleh owner melainkan tamatnya rumah sewa tersebut secara keseluruhan.
Apapun, berbincang dengan penyewa yang lain untuk dapatkan wang deposit daripada mereka sendiri kemudian boleh tuntut semula wang tersebut daripada owner rumah sewa.
Hi
Saya nak tanya kami sekeluarga sewa rumah since 2019 ada buat agreement renew setiap satu tahun .
Lastest agreement habis 10/1/2022 owner x renew agreement . sejak covid ada tunggakan bil tnb and delay rentaltapi sewa tetap bayar bagi owner . Recently ada issues bill tnb tunggakan banyak and owner suruh settle kalau x bayar owner x nak continue agreement kita dah settle tnb bill dalam tempoh yang dia bagi and now owner suruh keluar rumah with 2 months notice atas sebab kelewatan bayar sewa and kos sara hidup tinggi nak naikkan sewa rumah . Boleh beri penjelasan atas masalah ini atas next step can take ?
Hi, bagi kami, kami nasihatkan untuk cik berbincang dengan tuan rumah. Kerana agreement sudah tamat dan tuan rumah berhak menyuruh penyewa menjelaskan sebarang tunggakan bil utiliti.
Assalam nak tnya. Kontrak perjanjian telah pun tamat 31/12/2021. walaubagaimanapun tuan rumah tidak renew dan saya mula keluar pada 04/09/2022 dan tuan rumah tidak mahu memulangkan deposit saya kerana dalam agreeement ada sebut 2 bulan notis awal. sedangkan saya bgtau 1 bulan notis awal dan x terikat dengan kontrak. so macam mana ? boleh saya buat report polis dan tuntutan kecil di mahkamah?
Wasalam dan hi. Dalam kes ini, cik masih boleh failkan tuntutan kerana mengikut agreement, tuan rumah patut pulangkan deposit selepas tamatnya perjanjian pada 31/12/2021. Namun begitu, ia agak sukar kerana tuan rumah akan cuba lawan dengan mengatakan cik tidak keluar pada tarikh sepatutnya, dan berlaku persetujuan di luar perjanjian yang boleh digunakan sebagai asas untuk tuan rumah lawan di mahkamah nanti. Apapun, cik boleh cuba untuk failkan tuntutan kecil terlebih dahulu.
Hi..jika tempoh kontrak menyewa telah tamat dan deposit belum dipulangkan tetapi penyewa masih ingin menyewa kediaman tersebut dan telah dipersetujui oleh tuan rumah.Tuan rumah membuat surat perjanjian atau kontrak baru dan meminta tambahan deposit sedangkan deposit yang lama masih ada pada tuan rumah..sewa dinaikkan tetapi kami telah bersetuju..cuma bahagian deposit tambahan berserta utiliti..sama seperti deposit kali pertama menyewa..adakah ini relevan bagi penyewa untuk memberi wang deposit sehingga 2 kali?sepanjang menyewa tidak pernah lalai dari membayar sewa dan tidak pernah sewa tertunggak..utiliti juga tidak pernah tertunggak sehingga menyebabkan pemotongan..boleh bantu saya utk penerangan yg lebih jelas?
Hi, deposit seharusnya sama sekiranya pembaharuan kontrak dibuat dan tidak ada tuntutan deposit dibuat sebelumnya. Dalam kes ini, cik harus bertanya kepada tuan rumah kenapa perkara ini berlaku, kerana deposit yang lama masih lagi valid dan tidak digunakan. Pembaharuan atau penambahan deposit hanya berlaku apabila berlakunya pengurangan pada jumlah deposit akibat kerja-kerja pembaikan dsb, tetapi sekiranya tiada, maka jumlah deposit seharusnya kekal.
Hi assalamualaikum nak buat sedikit pertanyaan mengenai rumah sewa yang dah habis contract tapi saya ingin sambung dan duit deposit ada dekat owner tapi masalah dia sekarang rumah tu agreement sebelum ni agent yang buat kan dan sekarang bila nak sambung sewa agent tu minta duit RM100 dekat penyewa untuk sign agreement perlukah saya bayar kan atau owner kena settle sebab rasanya owner yang minta agent buatkan agreement tapi sekarang penyewa nak kena bayarkan , mohon pencerahan sekian terima kasih
Hi, ini bergantung pada agreement tersebut dan budi bicara antara penyewa dan tuan rumah. Boleh jadi mana-mana pihak perlu bayar duit agreement tersebut kerana ia tiada penetapan khusus siapa yang patut/wajib bayar.
Hi, sy penyewa, perjanjian telah tamat setahun yg lepas dan tak pernah diperbaharui, tuan rumah tidak mahu pulangkan deposit dan claim untuk kos cat dinding yang diconteng melebihi kos deposit, adakah sy perlu membayar lebihan kos mengecat tersebut? Tuan rumah berhak tak untuk mengambil deposit tersebut sedangkan perjanjian sudah tamat setahun yg lepas?
Perjanjian yang sudah tamat agak sukar untuk ambil tindakan berkaitan surat perjanjian kerana apa-apa yang berlaku sudah tidak dilindungi lagi. Meskipun begitu, sekiranya contengan tersebut terjadi ketika tempoh sewaan, maka tuan rumah berhak mengambil deposit untuk perbaiki dinding tersebut.
Kalau saya nk renew kontrak rumah memang kena bayar agent fee ka? N kalau pindah pon memang kene agent fee ka? Dah laa sampai 1k pastu bila mintak no owner tak bagi. Pastu tiap2 kali renew kene charge sampai 1k. Bleh ka macam ni? Takkan charge renew sampai 1k? Saya bukan suruh die or pakai service die untuk cari rumah ni. Tuan rumah yang pakai service die untuk cari tenant. Tp nape saya plak yang di charge ni? Ni first time saya renew sewa rumah kene charge macam ni. Tlong sesape jawab jap.
Seperti mana yang kami reply di WhatsApp, ejen atau tuan rumah berhak untuk meletak harga sebanyak mana yang mereka inginkan, selagi mana TIDAK MELANGGAR mana-mana bahagian dalam perjanjian.