Kebanyakan tuan rumah mengalami masalah untuk mencari penyewa yang sesuai dengan pilihan mereka.
Ada yang nak penyewa berkeluarga, tapi dapatnya bujang-bujang belaka. Ada yang nak golongan profesional, tetapi yang dapatnya penganggur.
Ada yang nak penyewa muslimah. Dapatnya muslimin.
Namun, tidak semua penyewa akan mendatangkan masalah kepada anda meskipun ia bukan pilihan anda.
Tetapi…
Sebagai seorang tuan rumah yang profesional, anda harus kenal beberapa signal yang boleh beri anda indikasi bahawa penyewa yang anda bakal ambil itu bakal mendatangkan 1001 masalah kepada anda.
Dalam artikel ini, kita akan bincangkan apakah signal-signal yang wajib anda ambil tahu sebelum mengambil mana-mana penyewa untuk rumah sewa anda.
1. Penyewa Yang Pertikaikan “Kenapa Perlu Ada Perjanjian?”
Ini adalah signal yang paling besar dan paling berbahaya untuk anda sebagai seorang tuan rumah.
Sekiranya anda menjumpai penyewa sebegini, kami nasihatkan anda untuk lari — sejauh-jauhnya daripada mereka.
Kenapa?
Penyewa yang tidak ingin lakukan perjanjian ‘kebiasaannya’ mempunyai muslihat yang lebih besar di sebalik ketidak-inginan mereka menandatangani sesebuah perjanjian.
Perjanjian Sewa Rumah adalah sebuah persetujuan yang wajib dibuat demi menjaga hak masing-masing sebagai seorang Tuan Rumah dan juga Penyewa.
Dokumen ini penting untuk memastikan kedua-dua belah pihak tahu apakah tanggungjawab mereka selain daripada memastikan mereka boleh pertahankan hak mereka secara sah melalui undang-undang negara.
Apabila tiada dokumen perjanjian ini, Penyewa akan menjadi bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa sebarang halangan daripada anda. Meskipun anda sudah beritahu mereka apa yang boleh dan tidak boleh dibuat, mereka dengan mudahnya boleh memutar-belitkan percakapan atau arahan anda.
Akibatnya?
Apabila timbul isu penyewa tak bayar sewa ataupun tidak membayar bil elektrik, apakah bukti yang anda ada untuk suruh mereka lakukan yang sedemikian (membayar sewa & bil elektrik)?
Anda ingin lakukan tuntutan di mahkamah pun akan menjadi sangat sukar (*masih ada harapan) kerana tiada perjanjian hitam putih antara anda dengan penyewa anda.
Oleh itu, pastikan bakal penyewa anda itu bersedia untuk menandatangani perjanjian bersama dengan anda demi kebaikan bersama.
Ingin lebih tahu apakah kandungan wajib ada dalam sesebuah perjanjian? Baca artikel ini >>> Contoh Perjanjian Sewa Rumah 2021
*masih ada harapan = perlu keluarkan segala bukti transaksi dan perbualan bersama penyewa terbabit
2. Penyewa Tak Ingin @ Tak Mampu Bayar Deposit
Deposit adalah ibarat sebuah insurans untuk seseorang tuan rumah.
Apabila berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti kerosakan ataupun bil yang tertunggak, tuan rumah boleh gunakan wang deposit untuk memperbaiki kerosakan atau melunaskan tunggakan tersebut.
Apa jadi kalau tiada deposit?
Penyewa pun sudah hilang, anda sebagai tuan rumah ditinggalkan sehelai sepinggang tanpa sebarang cagaran untuk menggantikan atau memperbaiki barangan yang sudah rosak. Ataupun bil yang tertunggak.
Penyewa yang menolak untuk membayar deposit adalah signal yang anda harus berhati-hati dan cuba untuk berbincang dengan mereka.
Kami tidak katakan penyewa yang menolak deposit ini ibarat penyewa yang menolak menandatangani perjanjian.
Kerana tidak semua penyewa mampu membayar deposit khususnya apabila melibatkan jumlah sehingga 2 atau 3 bulan sewa.
Artikel Berkaitan – Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Deposit Sewa Rumah
Namun, apa yang perlu anda lakukan di sini apabila terjumpa signal seperti ini adalah untuk terangkan kenapa anda perlu minta deposit tersebut.
Di samping itu, berikan mereka jaminan bahawa deposit tersebut akan dipulangkan pada akhir sewaan. Untuk menguatkan lagi jaminan ini, masukkan terma & syarat berkaitan pengurusan deposit dalam perjanjian sewa rumah anda.
Perjanjian Sewa Rumah Sewanify mempunyai klausa yang menyatakan bagaimana anda sebagai tuan rumah boleh uruskan deposit tersebut. Sekiranya anda berminat, dapatkannya melalui link di bawah:
Apabila penyewa faham dan yakin tentang kepentingan deposit tersebut, mereka akan rasa kurang terbeban untuk menyerahkan sejumlah wang kepada anda sebagai deposit.
Kami nasihatkan anda untuk berbincang bersama mereka apakah solusi yang terbaik.
Sekiranya mereka masih lagi enggan membayar deposit, jangan sesekali terima mereka.
Ini adalah prinsip yang perlu anda pegang:
Anda tidak boleh terima Penyewa tanpa sebarang deposit.
Ini bagi memastikan hak anda sebagai seorang tuan rumah kekal terlindung hingga ke akhir sewaan.
3. Tidak Tunjuk Minat
Pernah tak anda jumpa bakal penyewa yang ingin tahu tentang rumah sewa anda tetapi selalu reply mesej anda lambat?
Ataupun bila bercakap, mereka hanya fokus dengan harga sahaja tanpa ada rasa nak datang tengok rumah?
Ini adalah antara signal-signal yang menandakan mereka bukan penyewa untuk anda.
Penyewa yang betul-betul komited adalah seorang yang bukan ala kadar sahaja tetapi mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.
Mereka akan bertanyakan anda pelbagai soalan dan tidak terhad kepada harga sewa sahaja.
Namun, anda jangan terkeliru dengan sifat peramah mereka pula.
Sifat peramah adalah berbeza dengan sifat yang betul-betul ingin tahu tentang rumah sewa anda.
Mereka yang serious akan bertanyakan lebih mendalam tentang proses penyewaan dan apakah yang perlu mereka buat sebaik sahaja mereka masuk rumah sewa tersebut.
Selain itu, apabila mereka datang untuk membuat house-viewing, mereka bukan sahaja ingin melihat unit sewa anda, tetapi mereka ingin lebih tahu berkaitan dengan anda.
Signal-signal yang ditonjolkan ini perlu anda tangkap dengan teliti supaya anda dapat membuat penilaian tentang keperibadian mereka.
4. Tiada Pekerjaan Tetap
Poin no.4 ini bukanlah untuk tujuan mendiskriminasi individu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Tetapi anda sebagai tuan rumah juga berhak memilih siapakah bakal penyewa anda.
Kerana pada akhirnya, apa yang anda ingin cari adalah ketenangan minda sepanjang tempoh sewaan tanpa perlu risau tentang penyewa anda dan juga aliran kewangan anda.
Meskipun kami masukkan signal ini ke dalam senarai signal anda perlu berhati-hati, tidak bermakna anda perlu mempersendakan status mereka.
Ini apa anda perlu tahu:
Anda boleh mengambil mereka sebagai penyewa anda, tetapi pastikan mereka bekerja di sebuah syarikat yang ternama walaupun mereka berstatus part-time.
Ini adalah kerana syarikat-syarikat ternama yang mengambil pekerja part-time ini dapat menjamin pembayaran yang tetap kepada mereka. Lantas, memastikan mereka mampu membayar sewa anda on-time.
Selain itu, tidak semua individu memilih untuk mengambil pekerjaan yang tidak tetap. Kebanyakan daripada mereka juga mungkin sedang mencari pekerjaan lain yang tetap di kawasan perumahan anda.
Apapun, pastikan anda selidik lebih mendalam tentang signal yang mereka berikan ini.
Sekiranya anda dapati mereka tidak mempunyai hala tuju yang betul, kami sarankan anda elakkan ambil mereka sebagai penyewa anda.
Ini adalah hak anda.
5. Nego Sampai Tak Masuk Akal
Aliran kewangan yang positif adalah suatu yang perlu dicapai apabila kita bercakap tentang pelaburan hartanah.
Tetapi malangnya, kebanyakan penyewa (khususnya yang jenis cheapskate) akan berusaha untuk memerah setiap sen daripada anda supaya mereka mendapat kadar sewa yang terbaik daripada anda.
Lebih malangnya..
Ramai tuan rumah yang kecundang dengan taktik yang dipermainkan penyewa ini.
Mereka sanggup menyewakan rumah sewa mereka dengan harga sewa lebih rendah berbanding kadar yang perlu mereka bayar dengan pihak bank.
Segalanya bermula dengan apabila Penyewa ingin nego bersama anda dengan kadar sewa yang jauh lebih rendah berbanding tawaran asal.
Ia bukannya pengurangan sebanyak 5-10% sahaja, ia boleh mencecah 20%-30% daripada harga sewa yang asal!
Kalau anda iklankan RM1,500 sebulan untuk rumah sewa anda, penyewa sebegini boleh minta sehingga RM1,000 sahaja untuk sebulan.
Jadi, kami nak tanya:
Adakah anda sanggup menelan kos perbezaan tersebut?
Sebagai seorang tuan rumah yang profesional, signal seperti ini anda harus tangkap dari awal dan elak berbincang lebih lanjut dengan mereka.
Tiada masalah untuk anda memberi diskaun tetapi jangan terlampau banyak demi menjaga kepentingan anda sebagai seorang tuan rumah.
Kesimpulan
Memastikan rumah sewa anda tidak kosong walaupun sehari adalah sangat penting.
Tetapi apa yang lebih penting adalah untuk anda pilih penyewa anda dengan betul.
Pastikan anda dapat kenal segala signal-signal yang kita telah perbincangkan ini supaya pengurusan rumah sewa anda nanti akan menjadi jauh lebih mudah.
Sebagai imbasan kembali, berikut adalah antara poin yang telah kita perbincangkan di dalam artikel ini:
- Elakkan penyewa yang tidak ingin menandatangani perjanjian
- Selidik dan berbincang bersama penyewa yang tidak mampu atau tidak ingin membayar deposit
- Tetili tahap berminat bakal penyewa terhadap rumah sewa anda
- Berhati-hati ketika mengambil penyewa yang tiada pekerjaan tetap
- Elakkan mengambil Penyewa yang nego melampaui batasnya
Signal-signal ini akan membantu anda membuat penilaian siapakah penyewa yang terbaik untuk rumah sewa anda.
Lepas dah dapat penyewa apa yang perlu anda buat?
Apabila anda mendapat signal-signal yang positif daripada bakal penyewa anda, maka tiba masa untuk anda ambil mereka sebagai penyewa rasmi anda.
Namun, kebanyakan tuan rumah tidak mengetahui apakah proses-proses yang betul untuk membawa masuk orang asing ke dalam rumah sewa mereka. Ini menjadikan pengurusan rumah sewa mereka sangat sukar untuk diuruskan.
Dalam eBook PERCUMA ini, anda akan pelajari apa yang perlu anda buat sebelum, semasa dan selepas sewaan berlangsung. Ini memastikan anda berasa lebih yakin untuk uruskan rumah sewa anda dengan cara dan taktik yang betul.
Klik butang di bawah untuk dapatkan eBook ini dengan segera!
70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.