Contoh Perjanjian Sewa Bilik Ringkas & Mudah Digunakan
Apa sebenarnya Surat Perjanjian Sewa Bilik ni? Adakah berbeza dengan Perjanjian Sewa Rumah?
Dalam artikel ini, kita akan mendalami apakah rahsia-rahsia di sebalik sebuah surat perjanjian sewa bilik untuk kediaman yang boleh membantu Tuan Rumah memudahkan urusan menguruskan Penyewa Bilik mereka.
Kami jamin:
Sebaik sahaja anda habiskan artikel ini, anda akan lebih faham dan tahu apakah yang perlu anda lakukan demi memastikan penyewaan bilik rumah sewa anda berjalan dengan lancar sepanjang tempoh sewaan.
Adakah anda sedang mencari Surat Perjanjian Sewa Bilik dan ingin gunakan dengan kadar segera? Klik butang di bawah untuk dapatkan template dokumen perjanjian sewa bilik yang ringkas, mudah digunakan dan sah di sisi undang-undang Malaysia.
Jom kita baca lebih lanjut tentang apakah yang dimaksudkan dengan sebuah perjanjian sewa bilik?
Apa yang dimaksudkan dengan Perjanjian Sewa Bilik?
Perjanjian sewa bilik adalah sebuah dokumen yang digunakan untuk mengikat sebuah kontrak yang merangkumi tanggungjawab antara Tuan Rumah dengan Penyewa terhadap sesebuah bilik.
Di Malaysia, kontrak sewa bilik menekankan tanggungjawab Penyewa bilik dalam menggunakan ruangan bilik itu sahaja.
Ia kebiasaannya digunakan untuk Penyewa individu (bukan berkeluarga) yang hanya ingin menyewa satu bilik sahaja. Tuan Rumah pula boleh menyewakan bilik lain pada rumah sewa tersebut kepada individu yang lain.
Namun malang sekali, kebanyakan agreement sewa bilik di luar sana bersifat spesifik dan peraturannya hanya terpakai di dalam kawasan bilik itu sahaja. Tanggungjawab Penyewa di luar daripada ruangan bilik tersebut adalah minimal atau mungkin tiada langsung peraturan bagi mereka.
Tetapi:
Adakah ini suatu tindakan yang bijak? — dengan membenarkan Penyewa menggunakan ruangan selain daripada bilik tanpa sebarang peraturan.
Bolehkah mereka merosakkan harta benda rumah sewa di luar bilik mereka tanpa dikenakan sebarang denda?
Anda harus pertimbangkan:
Rumah sewa anda mempunyai beberapa ruangan legar yang lain, dan bukan sahaja bilik tidur.
Sekiranya rumah anda mempunyai pelbagai ruangan utiliti yang lain seperti dapur, ruang tamu, balkoni dan lain-lain, anda akan menghadapi pelbagai risiko khususnya kehilangan dan kerosakan harta benda pada ruangan-ruangan seperti ini.
Jadi, Penyewa secara amnya bukan sahaja menyewa bilik yang mereka tidur sahaja, tetapi ruang-ruang lain dalam rumah itu juga.
Apabila Penyewa menggunakan keseluruhan rumah sewa, maka peraturan harus ditetapkan kepada mereka meskipun mereka hanya menyewa bilik sahaja.
Oleh sebab itu, penting bagi anda memiliki sebuah perjanjian sewa bilik yang merangkumi bukan sahaja tanggungjawab di dalam bilik, malah di ruang-ruang lain juga. Di Sewanify, kami sediakan sebuah Perjanjian Sewa Bilik yang lengkap dan mudah untuk digunakan oleh tuan rumah seperti anda. Nak tahu lebih lanjut? Klik butang di bawah.
Seterusnya, mari kita lihat apakah kelebihan di sebalik sebuah surat perjanjian sewa bilik.
Contoh Surat Perjanjian Sewa Bilik
Di Malaysia, tiada undang-undang sewa bilik yang khusus dalam menetapkan apakah contoh surat perjanjian yang terbaik untuk urusan rumah sewa. Namun, ada beberapa perkara yang perlu diterapkan di dalam sesebuah surat perjanjian bagi memastikan ia sah digunakan di Malaysia.
Jadi, sebelum anda menggunakan mana-mana contoh tenancy agreement sewa bilik, pastikan anda semak terlebih dahulu format dan isi kandungan penulisannya supaya ia betul-betul lengkap dan sah untuk digunakan di sisi undang-undang negara kita.
Berikut adalah beberapa contoh yang kami ambil daripada template Perjanjian Sewa Bilik untuk kediaman yang kami sediakan di Sewanify.
Apa yang paling adalah untuk anda faham apakah makna di sebalik setiap perkara yang dinyatakan dalam perjanjian sewa bilik anda. Apabila anda memiliki kefahaman yang jitu, percayalah, sangat mudah untuk anda kawal penyewa-penyewa bilik anda.
Oleh itu, sekiranya anda belum lagi memiliki sebuah Surat Perjanjian Sewa Bilik, kami sarankan untuk anda lihat apa yang kami tawarkan dengan klik pada butang di bawah. Kami memberi anda jaminan apa yang kami tawarkan ini sangat berbaloi dan mampu untuk membantu anda uruskan sewaan bilik anda.
Jom kita lihat pula apakah kelebihan sekiranya anda memiliki surat perjanjian sewa bilik untuk urusan sewaan bilik rumah anda.
Apakah Kelebihan Surat Perjanjian Sewa Bilik?
Salah satu kelebihan perjanjian sewa bilik adalah ia mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh Penyewa disebabkan kurangnya tanggungjawab yang mereka perlu laksanakan.
Ia juga sebuah perjanjian yang mudah dan ringkas kerana tidak banyak terma & syarat yang perlu dimasukkan.
Selain itu, kontrak sewa bilik juga lebih mudah untuk ditulis oleh Tuan Rumah itu sendiri kerana skop tanggungjawabnya kecil dan terhad kepada bilik itu sahaja.
Tanggungjawab Penyewa Bilik Bukan Pada Bilik Mereka Sahaja.
Di negara kita, konsep kebanyakan Tuan Rumah gunakan adalah dengan menyewakan keseluruhan unit rumah sewa tersebut dan bukannya bilik sahaja seperti sebuah hotel.
Maka:
Apabila anda menggunakan surat agreement sewa bilik yang hanya mempunyai skop tanggungjawab di dalam bilik sahaja, anda akan terdedah dengan risiko Penyewa melakukan perkara yang tidak anda inginkan di luar bilik mereka (tetapi masih lagi di dalam kawasan rumah sewa anda).
Apabila perkara seperti ini berlaku, anda masih lagi perlu memperbetulkan keadaan tersebut TANPA mengenakan sebarang denda kepada Penyewa.
“Eh, rugilah saya macam tu! Kenapa mereka buat saya yang terpaksa tanggung?!” – Tuan Rumah
Inilah nasib Tuan Rumah apabila menggunakan kontrak sewa bilik yang tidak mempunyai perjanjian untuk keseluruhan rumah sewa.
Nak dapatkan perjanjian yang lengkap bukan sahaja untuk bilik malah di luar bilik sewa juga? Klik butang di bawah untuk baca lebih lanjut mengenai surat agreement yang lengkap dari A-Z untuk melindungi hak anda sebagai Tuan Rumah:
Adakah peraturan rumah masih terpakai kepada Penyewa bilik?
Ya.
Tidak kira berapa banyak bilik ruang rumah sewa anda ada, Penyewa bilik anda tetap akan gunakan ruangan umum seperti tandas, dapur, ruang tamu dan bahagian-bahagian lain selain daripada bilik mereka.
Disebabkan faktor ini, mereka harus mematuhi peraturan yang Tuan Rumah telah tetapkan kepada mereka.
Ini membawa kita kepada sebuah persoalan:
Adakah anda perlu menggunakan perjanjian sewa rumah atau perjanjian sewa bilik?
Perjanjian Sewa Bilik Bersifat Lebih Spesifik
Perjanjian Sewa Bilik secara asas wajib merangkumi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh penyewa bilik tidak kira di dalam atau di luar bilik. Ia adalah langkah yang paling selamat untuk memastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terpelihara.
Dan ini juga akan memastikan Penyewa anda kekal bertanggungjawab bukan pada ukur lilit biliknya sahaja, tetapi keseluruhan rumah tersebut juga.
Namun begitu, berbeza dengan sebuah kontrak sewaan rumah, Perjanjian Sewa Bilik tidak mengfokuskan sesuatu tanggungjawab itu (khususnya tanggungjawab di luar bilik) terletak pada seseorang individu sahaja. Ia lebih bersifat tanggungjawab kebersamaan dengan penyewa-penyewa lain.
Tambahan, perjanjian sewa bilik adalah bersifat individual manakala perjanjian sewa rumah adalah bersifat satu kumpulan.
Maksudnya, perjanjian sewa bilik ditandatangani oleh setiap seorang penyewa dengan Tuan Rumah, Manakala, perjanjian sewa rumah pula adalah ditandangani oleh seorang wakil dari penyewa-penyewa yang lain.
Elak dari ditipu dan dipermainkan Penyewa Bilik yang bermasalah! Lindungi diri anda dengan Perjanjian Sewa Bilik yang lengkap dan sah untuk digunakan:
Seterusnya, jom kita lihat apakah kepentingan-kepentingan untuk anda miliki sebuah Perjanjian Sewa Bilik untuk uruskan Penyewa Bilik rumah sewa anda.
Kenapa Anda Perlukan Perjanjian Sewa Bilik?
Ada beberapa sebab kenapa anda perlukan sebuah kontrak sewa bilik untuk Penyewa Bilik rumah sewa anda:
Bersifat Lebih Adil Kepada Penyewa Lain
Sekiranya didapati salah seorang penyewa bilik itu melakukan sebarang pelanggaran peraturan di luar bilik sewa, maka beliau seorang sahaja yang akan dikenakan tindakan. Berbanding dengan Perjanjian Sewa Rumah yang mana keseluruhan penyewa yang terlibat akan dikenakan tindakan.
Penyewa Tidak Berani Melanggar Peraturan Sewa Bilik
Apabila sesebuah perjanjian direka khas untuk seseorang individu, maka mereka akan lebih menjaga perbuatan mereka daripada melanggar mana-mana bahagian perjanjian. Ini adalah sebabkan mereka tahu tiada siapa yang boleh lindungi mereka melainkan diri mereka sendiri daripada tindakan Tuan Rumah.
Dengan cara ini, secara tidak langsung rumah sewa anda akan lebih terpelihara daripada dirosakkan oleh penyewa-penyewa bermasalah.
Peraturan Yang Lebih Terperinci
Perkara-perkara yang dinyatakan di dalam agreement sewa bilik adalah lebih terperinci dalam memastikan Penyewa bilik kekal menjaga dan memulangkan biliknya seperti mana mereka masuk.
Sebagai contoh, bagi penyewa bilik yang mempunyai berbilang kaum atau agama, penyewa hanya dibenarkan untuk mengamalkan adat istiadat bangsa dan agama di dalam kawasan biliknya sahaja tanpa mengganggu penyewa-penyewa bilik yang lain.
Soalan Lazim
Apakah perbezaan Perjanjian Sewa Bilik dan Perjanjian Sewa Rumah?
Perjanjian sewa bilik untuk kediaman meliputi pelbagai kawasan khusus di dalam bilik sewa dan setiap dari klausanya bersifat individual. Bermakna, klausa-klausa dalam sebuah perjanjian sewa bilik kebanyakannya tidak memberi kesan kepada penyewa bilik yang lain. Segala tanggungjawab dan kesan dari pelanggaran perjanjian ditanggung sepenuhnya oleh Penyewa Bilik tersebut. Sesuai untuk penyewa jenis pelajar atau bersendirian.
Manakala Perjanjian Sewa Rumah pula adalah bersifat berkumpulan. Bermakna, perjanjian sewa rumah ditandatangani oleh seorang wakil yang mana wakil tersebut bertanggungjawab memastikan anak-anak buah (penyewa lain) untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sesuai untuk penyewa jenis keluarga.
Adakah perlu matikan setem di LHDN?
Ya.
Bagi memastikan surat perjanjian sewa bilik itu sah untuk digunakan, anda perlu matikan setem di LHDN mengikut kaedah yang biasa digunakan untuk surat cara sewa/pajakan yang biasa.
Nak tahu berapakah jumlah bayaran yang dikenakan? Klik di sini untuk gunakan kalkulator kami.
Adakah Perjanjian Sewa Bilik yang disediakan oleh Sewanify sah untuk digunakan?
Ya.
Dokumen perjanjian yang kami sediakan bukan sahaja mematuhi pelbagai Akta undang-undang di Malaysia, malah ia telah melalui pelbagai siri tapisan dan penambahbaikan berdasarkan pelbagai sumber-sumber firma guaman dari dalam dan luar negara.
Nak baca lebih lanjut, rujuk di sini.
Konklusi
Setelah mengambil segala faktor yang telah diperbincangkan di atas:
Perjanjian sewa bilik adalah sebuah dokumen yang wajib ada bagi tuan rumah yang ingin menyewakan bilik mereka kepada penyewa.
Sebuah perjanjian sewa bilik untuk kediaman perlu menyatakan segala tanggungjawab Penyewa di dalam bilik dan di luar bilik mereka. Ini memastikan mereka kekal bertanggungjawab meskipun mereka berada di luar bilik mereka.
Namun, kekuatan sebuah surat perjanjian itu bergantung pada terma & syarat yang ditetapkan di dalam dokumen tersebut. Sebuah perjanjian yang lemah adalah perjanjian yang tidak melindungi hak kedua-dua belah dan akan kelihatan berat sebelah apabila ingin membuat tuntutan mahkamah nanti. Ini menjadikan sukar untuk mana-mana pihak membuat tuntutan hak masing-masing.
Di Sewanify, kami sediakan contoh Perjanjian Sewa Bilik yang ringkas, mudah digunakan dan sah di sisi undang-undang di Malaysia.
Dapatkan segera dan lindungi hak anda sebagai Tuan Rumah!