Anda TIDAK BOLEH LARI dari penyewa bermasalah. Mereka boleh muncul secara tiba-tiba meskipun mereka nampak “baik” pada sebelum masuk rumah sewa.
Oleh sebab itu, penting untuk anda ketahui apakah cara-cara untuk mengawal penyewa dari melampaui batas-batas dan hak mereka ke atas rumah sewa anda.
Bukan hanya anda perlu memastikan penyewa yang berkualiti dijaga dengan baik, namun anda perlu ketahui cara untuk selesaikan masalah disebabkan penyewa dan ia merupakan satu kemahiran yang penting untuk ada. Ada juga beberapa penyewa yang tidak pernah berpuas hati atau yang jenis menyusahkan yang hanya diketahui selepas menandatangani perjanjian rumah sewa.
Ya sudah tentu, perjanjian sewa rumah boleh selesaikan 99% kebanyakan penyewa bermasalah. Walaupun ini juga membantu, ada juga keadaan yang tidak terjangka akan berlaku dikemudian hari.
Menguruskan penyewa yang mempunyai masalah boleh mengambil masa yang lama untuk selesaikan. Sebab itulah tuan rumah kena selalu bersedia, anda perlu melihat beberapa jenis penyewa bermasalah dan bagaimana cara untuk mencari jalan penyelesaian.
Jom kita lihat apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh tuan rumah dan cara-cara untuk selesaikan masalah tersebut.
1. Penyewa Lewat Membayar Duit Sewa
Salah satu isu utama yang tuan rumah alami ialah pembayaran sewa. Jelaskan dalam perjanjian sewa rumah yang bayaran lewat adalah perkara yang tidak boleh diambil remeh.
Walaubagaimanapun, akan ada sesetengah penyewa yang tidak akan mengambil endah dan tetap melewatkan bayaran sewa dari masa ke semasa.
Untuk situasi ini, anda harus bertegas. perjanjian sewa rumah anda harus jelaskan apa tindakan yang bakal diambil.
Kebanyakan tuan rumah akan mengenakan denda bayaran lambat sebagai penalti (mesti dinyatakan dalam perjanjian perjanjian sewa rumah).
Denda bayaran lambat untuk bayaran sewa biasanya dalam peratus berpatutan dari 5-10% atau fi tetap.
Jika anda perasan bayaran sewa dilunaskan lewat secara konsisten, beritahu penyewa jika mereka ada sebarang penjelasan (contohnya, tarikh bayaran sewa tidak sama dengan bayaran gaji mereka).
Sebagai alternatif, anda boleh hantar notis “bayar atau keluar” dengan memberitahu penyewa mereka harus menjelaskan bayaran sewa mengikut tarikh yang ditetapkan atau keluar dari rumah sewa tersebut.
2. Merosakkan Harta Benda Rumah Sewa
Masalah biasa yang dilakukan oleh penyewa ialah merosakkan barang dalam rumah sewa.
Hal ini termasuklah pengubahsuaian yang tidak diluluskan, kecuaian dan penyalahgunaan harta benda.
Sebelum ini, tuan rumah biasanya akan membawa clipboard dan pen ke setiap unit sewa untuk merekod isu yang dihadapi oleh penyewa.
Anda boleh guna aplikasi pemeriksaan; aplikasi ini akan menjimatkan masa anda dan ia juga mempunyai ciri-ciri menangkap gambar.
Menangkap gambar dan video akan membolehkan tuan rumah untuk arkibkan gambar ‘sebelum’ dan digunakan sebagai bukti bagi sebarang pengurusan undang-undang.
Dengan langkah-langkah yang diambil, sebarang kerosakan rumah sewa akan boleh dilihat jika ada bukti di tangan.
Mungkin juga akan ada isu tentang pengubahsuaian yang tidak mendapat kebenaran anda.
Hal ini termasuklah mengecat, rak, memasang lampu/kipas baru atau mengetuk paku pada dinding.
Namun, ke semua ini bergantung kepada terma perjanjian perjanjian sewa rumah anda.
Jika “penaiktarafan” ini tidak dibenarkan dalam perjanjian sewa rumah anda, anda berhak menyuruh penyewa untuk mengecat atau membaiki semula jika perjanjian sewa rumah masih sah atau mengambil sebahagian daripada deposit untuk mengembalikan unit kepada keadaan asal.
Sebelum mengurangkan deposit sekuriti penyewa atau mengenakan caj untuk baiki kerosakan tersebut, pastikan anda betul-betul yakin bahawa apa yang mereka lakukan itu salah di sisi perjanjian sewa rumah anda.
Akhir sekali, jika penyewa menolak untuk membaiki kerosakan dan tidak ingin membayar kos baikpulih, anda mempunyai klausa untuk menamatkan perjanjian perjanjian sewa rumah kerana telah dianggap melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
3. Melakukan Sublet Tanpa Kebenaran
Sublet adalah penyewaan rumah sewa oleh penyewa rumah tersebut kepada orang lain dan ikatan kontraknya adalah antara penyewa rumah sewa tersebut dengan orang lain itu sahaja. Tuan rumah yang asal tidak ada kena mengena dengan kontrak tersebut.
Sublet kebiasaannya tidak dibenarkan dalam kebanyakan perjanjian sewa rumah disebabkan risiko yang bakal ditanggung oleh tuan rumah kelak.
Namun, ia bukanlah suatu yang salah di sisi undang.
Sebagai tuan rumah, anda harus peka (dan yang paling penting, masukkan dalam perjanjian sewa rumah anda) dengan memastikan penyewa tidak membawa masuk penyewa yang tidak sah.
Namun, ia boleh menjadi aktiviti yang melanggar perjanjian jika tuan rumah atau tuan rumah tidak membenarkan.
Sekarang, kita mempunyai perkhidmatan seperti Airbnb, ramai orang mengambil kesempatan dengan menyewakan kepada orang lain untuk percutian jangka masa pendek.
Perkara yang sama juga untuk tetamu jangka masa pendek, rakan sebilik yang tidak mendapat kebenaran atau sublet secara umumnya.
Pastikan perjanjian sewa rumah anda lengkap dengan peraturan larangan untuk sublet bagi mengelakkan aktiviti sublet secara tidak sah berlaku dalam rumah sewa anda
4. Suka “Complaint”
Penyewa mempunyai hak untuk memfailkan aduan jika sesuatu tidak berfungsi dengan baik.
Walaubagaimanapu, pentingnya ada batasan terhadap setiap aduan yang dibuat.
Jika anda tidak berhati-hati dalam menetapkan had, akan ada orang yang kerap mengadu dan memohon permintaan berlebihan sehingga anda sendiri tidak menang tangan untuk membantu.
Utamakan permintaan untuk aktiviti-aktiviti penyelenggaraan.
Antara aduan yang sering diterima termasuklah penyewa ingin tombol pintu rosak, mentol lampu rosak, kepala paip rosak dan sebagainya.
Ramai penyewa yang boleh melakukan semua ini secara DIY.
Jika anda rasa mereka mengambil kesempatan atas kebaikan anda, selagi rumah sewa itu masih boleh didiami, anda tidak mempunyai tanggungjawab secara undang-undang untuk segera selesaikan masalah-masalah kecil tersebut.
Ingat, pastikan anda menyatakan apakah tanggungjawab mereka dalam menyelesaikan isu-isu kecil seperti ini dalam perjanjian sewa rumah anda.
Ini memastikan anda tidak akan sering diganggu oleh penyewa khususnya penyewa-penyewa seperti ini.
5. Sering Melanggar Peraturan Rumah Sewa
Perkara paling penting dalam sesebuah sewaan adalah untuk mempunyai peraturan yang mengekang penyewa daripada melampaui batas.
Menandatangani perjanjian sewa rumah bermaksud penyewa bersetuju untuk mematuhi peraturan atau berpotensi untuk diusir keluar sekiranya mereka melanggarnya.
Antara perkara biasa yang penyewa langgar dalam sesebuah perjanjian sewa rumah adalah seperti melewatkan bayaran sewa, tidak membaiki kerosakan-kerosakan yang disebabkan mereka, memberi notis terlampau lewat untuk tidak menyambung sewa dan banyak lagi kesalahan-kesalahan lain.
Ini memberikan impak yang negatif terhadap anda sebagai seorang tuan rumah kerana ia akan menganggu strategi pengurusan rumah sewa anda.
Contoh, apabila anda terpaksa membayar pinjaman bank rumah sewa anda ON-TIME, sudah tentu ia akan memberi kesan terhadap aliran kewangan anda sekiranya penyewa membayar lebih lambat atau selepas daripada tarikh pembayaran bank anda.
Jadi, pastikan anda menggunakan segala kuasa yang anda ada untuk mengawal penyewa sepenuhnya daripada melanggar sebarang peraturan rumah sewa dan pastikan mereka mematuhinya sehingga akhir tempoh sewaan.
Konklusi
Penyewa bermasalah bukanlah suatu yang anda boleh elak 100%. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja walaupun anda betul-betul yakin bahawa penyewa tersebut baik sebelum mereka masuk rumah sewa.
Hakikatnya, penyewa adalah tetap seorang manusia yang boleh berubah sekelip mata dan melakukan kesilapan di luar jangkaan anda.
Oleh itu pentingnya untuk anda memiliki asas penyewaan yang kuat demi melindungi diri anda sepanjang tempoh sewaan.
Asas ini sudah tentu dimulakan dengan ilmu dalam pengurusan rumah sewa dan kemudian dikuatkan lagi dengan peraturan-peraturan bagi mengawal tingkah-laku penyewa.
Penyewa (walaupun yang bermasalah) boleh dikawal dengan mudah dan efisien dengan sebuah Perjanjian Sewa Rumah yang lengkap. Di Sewanify, kami sediakan perjanjian sewa rumah yang mudah dan ringkas untuk digunakan oleh pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Ia mempunyai struktur peraturan yang lengkap dan efektif dalam mengawal penyewa-penyewa bermasalah dari melampaui batas mereka.
Pastikan anda dapatkan perjanjian sewa rumah yang lengkap demi melindungi hak anda sebagai seorang tuan rumah :